Pages

FOLLOWERS

Thursday 15 March 2012

IT IS NOT MY TIME…….

Hai you all. Hope everybody were cheerful today. If you asking me, I were say that I’m cheerful coz now I know how to release my stress. Hemm…. maybe by blogwalking at my friends blog ‘Booku feat Ori’ . Trust me dude, you were never regret.

Oklah, today I nak ceritakan satu pengalaman yang sangat-sangat buruk and for God sake, I memang tak mahu nak ingat lagi pengalaman yang berlaku last year nie but I tak boleh sbb I macam dah trauma dah. Bila teringat semula tentang perkara yang berlaku tue, I mula akan rasa unsafe even I when I was in my home. I believe bukan semua orang yang pernah mengalami pengalaman yang I lalui nie but if you juga pernah lalui apa yang I lalui….tentu you tahu apa rasanya kan.





Apa yang I nak shared dengan you all ialah tragedi di mana I dengan sorang lagi kawan I yang hampir-hampir menjadi mangsa samun. F.Y.I itulah kali pertama dalam hidup I mengalami pengalaman yang cemas macam tue and memang I dah tak mahu lagi untuk mengalaminya. Rasa sangat seram sejuk. Tak boleh nak cakap macam mana rasa takut dan trauma dia. Ceritanya macam nie…..

Memang setiap bulan I akan ke bank. Biasanya I akan ke sana untuk cash kan duit. Dah kalau cash kan duit kilang, mestilah banyak yang nak pakai dalam sebulan tue kan. Waktu kejadian tue berlaku, I nak cashkan RM 80,000.00. Pada kebiasaannyer memang tak de apa-apa yang berlaku, so memang kitaorang tak expect apa-apa pun so kami berdua pun pergi ke bank macam biasa hari tue. Kalau ikut schedule, kami kena pergi ke-2 buah bank, RHB dan citiBank. Amount dekat RHB tak lah sebanyak amount dekat citiBank and memandangkan RHB bank paling dekat dengan kami punyer kilang, so kami decide untuk pergi ke RHB dulu.

Waktu tu, kami cash kan duit dalam RM 10,000.00. Lepas selesai urusan di bank, kami terus jer pulang ke office. Waktu dalam perjalanan tue, I dengan kawan I just berbual macam biasa sbb memang kami tak duga apa-apa pun kan. Bila kereta kami dah nak masuk ke simpang kilang kami, ada satu kereta Toyota Vios di hadapan kami.kereta tue menuju kea rah berwanan dengan kami dan memandangkan jalan tue kecil, so kami ke tepi dahulu untuk memberi laluan kepada kereta tue.

Lepas kereta tue berlalu, kami pun terus jer menuju ke kilang and kami tak langsung tak menyangka kereta yang berada di hadapan kami tadi berpatah balik. Waktu itu, kereta yang kami naiki dah berada betul-betul di hadapan pintu pagar kilang kami and just nak tunggu auto-gates tue terbuka sahaja. Waktu saat-saat pintu gate tue nak terbuka tulah tiba-tiba jer kami berdua terdengar bunyi ketukan yang kuat pada cermin tingkap bahagian pemandu (I duduk di sebelah sambil pegang beg yang berisi duit). Thum!!..... memang kuat sangat bunyinya . I terkejut sangat then spontan I tanya pada  kawan I yang memandu “kenapa tue?” sambil terus memandang ke tingkapnyer.

Waktu tue I nampak ada orang memakai halmet sambil memegang hammer. Tak sempat I nak tengok lama sikit, hammer yang dia pegang tue dihayunkan sekali lagi dan kali nie, kami terdengar bunyi macam bunyi meletup dan kaca tingkap kereta tue terus jer berkecai dan terkena di muka dan badan kami berdua. Dalam keadaan yang genting tue, mujur auto-gate tue dah pun terbuka dan kawan I tue pun terus jer tekan minyak dan masuk ke dalam kilang. Bila kereta kami tue dah pecah, orang ramai yang berada di sekeliling pun terus jer lah tgk apa yang berlaku.

Sedar yang usaha mereka sia2, perompak tue pun terus jer blah. Mujur kami berdua selamat. Kami berdua yang berada di dalam kereta tergamam dan kaku seketika. I tak boleh nak berfikir apa2 sbb panik dengan muka dan tangan I berdarah terkena serpihan kaca. Yang mampu I buat cuma beristighfar banyak-banyak. Lama kami berdua berada di dalam kereta sebelum keluar. Itu pun sbb ada kawan yang bukakan pintu kereta, barulah kami berdua keluar.

Automatic tangan I terus jer menggigil. Memang I takut sangat waktu tue and bila I dengar cerita orang yang nampak kejadian tue dari luar kereta, I rasa macam nak pengsan. Sorang kawan I yang nampak kejadian tue cakap ada 2 orang keluar dari kereta, sorang pegang hammer besar untuk pecahkan cermin pemandu manakala sorang lagi memegang parang panjang pergi ke tingkap I tapi I langsung tak perasan sbb I pandang side pemandu. Bila I tahu yang side I tue ada orang pegang parang panjang…..tak boleh nak imagine perasaan takut tue.

Lama I termenung untuk tenangkan fikiran (lepas pulang dari balai polis untuk buat report). Bila I ingat semula detik-detik kejadian tue, I sedar hanya beberapa saat sahaja yang memisahkan antara kami selamat atau tak. Just sbb pak guard tue tak tidur on that time (biasanya pak guard tidur, kena hon dulu, baru dia sedar dan bukak gate) and terus tekan button auto-gate tue, kami selamat. Bila fikir balik, mungkin tuhan dah kata that time is not my time. So walau macam mana pun, I still save. So thank God…..betul kata orang, ‘kalau dah tertulis belum sampai waktu kita….memang tak kan jadi apa-apa’ 








P/S:- Kisah I nie betul2 berlaku. I bukan nyer reka2 cerita. Kalau you' all nak kan kepastian, boleh tanya pada Mr. J (Blog Noty). Dia pun tahu kisah nie.   

2 comments:

  1. salam, kami (Booku dan Ori) ingin mngucapkan jutaan trima kasih sbb encik pemerhati mnjadikan blog kami sbgai tmpat ilangkan stress...wuaaa kami terharu..wuaaaaaa....wuaaa

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah nasib baik Encik Pemerhati selamat...Syukur pada tuhan...

    ReplyDelete