Pages

FOLLOWERS

Sunday 25 March 2012

Kata Hati……

Kita biasa mendengar orang berkata “kalau ikut rasa….binasa, kalau ikut hati….mati”, hemm…..betul ke? Untuk menjalani kehidupan di atas muka bumi nie, tak mudah macam yang kita semua impikan @ kita semua angankan macam waktu kita semua masih kecil dahulu. Terlalu banyak perkara yang berlaku dan yang perlu kita semua tempuh waktu kita hidup dan setiap keputusan @ tindakan yang ingin kita buat, kita perlulah mengambil kira semua faktor yang kita ada dan kadang-kadang, oleh sebab terlalu banyak faktor yang perlu kita pertimbangkan, kita memilih untuk melepaskan semuanya dan hanya menurut kata hati semata-mata.



Sebenarnya…..kata hati kita ini merupakan sesuatu yang sangat istimewa. Ia adalah sesuatu perasaan yang natural yang datang dari dalam diri kita yang terhasil dari pemerhatian kita sendiri tentang kehidupan kita. Jadi….betul ke kalau kita cakap “kalau ikut hati….mati” . Pada pandangan I, ia salah sama sekali. Biasanya kita hanya akan mengharapkan yang terbaik untuk diri kita sendiri dan apa sahaja tindakan yang kita ambil mestilah untuk kepentingan @ kebaikan peribadi. Andai kata, jika sesuatu tindakan yang kita lakukan itu mengikut kata hati kita dan hasilnya mengecewakan kita, tidak mengapa….kehidupan ini juga sesuatu yang misteri…..bukan semua soalan itu ada jawapannya!



Jadi……renungkanlah. Bukan semua tindakan yang kita ambil selepas kita berfikir panjang akan menguntungkan kita dan bukan semua tindakan yang kita ambil hanya dengan mengikut kata hati kita akan menyebabkan kita menyesal di kemudian hari. Banyak sebab yang memungkinkan semua itu. Salah satunya….mungkin dah ditakdirkan tuhan. Jadi pilihlah yang mana satu…..andai kita rasa kata hati kita lebih kuat, cuba kita ambil risiko untuk menurutkan nya dan andai kata kita tersilap langkah….pasti ada jalan untuk kita berpatah semula. Pasti…..

Kesilapan demi kesilapan yang kita lakukan dalam hidup kita kerana mengikut kata hati kita sendiri sebenarnya mengajar kita sesuatu tentang kehidupan ini. “apabila kita berjalan dan kita terjatuh di dalam lubang yang dalam, hanya diri kita sahaja yang tahu betapa sakitnya bila terjatuh. Kita tetap harus bangun dan cuba keluar dari lubang tersebut dan apabila kita berjaya keluar, pasti kita akan berjalan semula dengan lebih waspada kerana kita tidak mahu jatuh lagi”. Jadi….kesilapan yang kita lakukan pada hari ini mungkin akan memberikan kebaikan kepada kita untuk hari esok. Ya….memang untuk belajar dari kesilapan itu adalah sesuatu yang memeritkan tetapi percayalah…ia sangat berkesan.

Kepada kawan ku semua…..cuba tepuk dada, tanya hati dan iman kerana kehidupan ini pasti mengajar mu………sesuatu.

No comments:

Post a Comment