Pages

FOLLOWERS

Wednesday 21 December 2011

MY 'ME TIME'.......

Asalamualaikum to all my dear friends….. hope semuanya sihat-sihat selalu hendaknya. I still maintain macam biasalah. Actually I tengah boring nie tak tahu nak buat apa. Rancangan dekat Tv pun tak ada yang menarik sangat so, lebih baik I mengadap Pc I nie. Ingat nak ajak kawan I keluar tapi dia ada hal lah pulak, so terpaksalah I lepak chill sorang-sorang dekat rumah.


                                                      (My friend, Ms. Mama Vogue)
                                                  (me and my friends.....A)

Sambil I belek-belek Pc I and buat 5s dekat Pc nie, I click lah semula folder lama-lama I nie and tah macam mana tah…. I terclick pulak gambar I and kawan-kawan I dulu. So apa lagi….terimbau lah semula kenangan lama. Seronoknya bila dikenang-kenang. I pun terfikir ‘kalau ada diaoarang sekarang nie, mesti tak boring’. Manakan tidak, dulu waktu I muda2 dulu (chewah…bunyi cam umur I dah 50 pulak) I memang tak suka membazirkan waktu yang ada.

            
                                               (cuba teka, dua-dua single @.....?)
                                                       (control ayu......wek...wekk....)
                                                       (jejaka hot semelaya.....Mr J)


Kalau boleh every single minute that I have, I will spend it in a appropriate way (in may way actually). So memang tak ada istilah membazir waktu lah. And for info, bila ada free time, I nie suka keluar beriadah dengan kawan-kawan. Bukannya pergi bersukan but my ‘me time’ is karaoke. I tak tahu kenapa but that is the best thing that I can do. He…he…he…
                                                         (me and my friend....Mr J)



Setiap orang pun ada dia punya ‘ me time’ kan. terpulanglah kepada individu itu untuk menggunakan masa free dia. Maybe ada certain-certain people pergi shopping untuk hilangkan stress, kalau mak-mak datin tu pulak maybe pergi spa ke…or maybe for some pious person, they were reciting the Quran to get an inner peace. Whatever…..as long as everybody have their own ‘me time’.
                                                      (tiga dara pinggitan.....'dara' ke?)

Macam I pulak, the best way to release my stress, to have fun and at the same time to spend a time and a money with my friend is….go to the shopping mall, find a karaoke center, book a room and game on!. Tidak dinafikan….memang majority suara kami nie tahap ‘tak layak untuk menerbitkan album’ but what the hell….. kalau nak tunggu suara sedap baru pergi menyanyi, alamatnya….. mati beranganlah kita beb!
                                                  (control ayu lagi....wek.....wek...lagi sekali)

Sampai sekarang nie pun I still lagi pergi dengan kawan-kawan satu office I kalau I ada masa free lah. Pernah jugak dulu ada orang tegur I, “sedap sangat ke suara engkau nak pergi nyanyi tu, nanti roboh pusat karaoke tu nanti”. I tak peduli tue semua, yang penting I boleh enjoy. I bayar guna duit I, so what is the problem kan. ini cara I, cara orang lain I tak tahulah…..

Memang sangat seronok sebenarnya. Trylah kalau you’all belum pernah pergi but I berani potong kaki lah kalau muda-mudi zaman sekarang nie kata tak suka pergi karaoke, nenek unur 50 tahun pun I pernah nampak pergi tahu. Yang penting you all kena pergi ke tempat yang sesuai, pada kawan-kawan yang agak ‘menjaga’ tatasusila tue, you’ all boleh cari pusat karaoke yang ‘Halal’ (means tak ada minuman keras, tak ada perempuan) atau yang paling mudah, karaoke box pun buleh. Macam I, I suka kergi KTV, tapi Red box ok what….
                                             (inilah pemenang pingat emas olimpik....he...he...he...)


Kaylah….nanti ada orang boring pulak I asyik bercerita pasal ‘me time’ nie . ha satu lagi, main bowling pun I suka jugak. Walaupun dalam satu game tue, 7 kali bola I masuk longkang, I tak kisah. Kalau you’ all ada your ‘me time’ yang unik untuk share, you’ all kasilah comment yerk…kita share. Nie I tunjuk gambar jer lah, mula-mula I ingat nak letak video I nyanyi, tapi takut kena kritik kaw-kaw pulak dengan ‘Syafinaz Selamat’. Oklah, chou………

Saturday 17 December 2011

AJAL DAN MAUT.......

Asalamualaikum...... maaf sebab dah lama jugak I tak update blog nie. hope you' all always in well condition. Hari ini hari yang agak murung bagi I sebab I baru jer dapat berita yang mana bapa kepada my best friend telah kembali ke sisi yang maha esa. I tahu agak lambat.... itupun sebab I check facebook, kalau tak tentu tak tahu lagi.
I sempat call kawan I tu untuk ucapkan takziah tapi dia tak jawab, maybe dia tengah sibuk untuk menguruskan sesuatu so I just messaging him something. I tahu yang dia mesti tengah sangat sedih waktu ni and last night, I bacakan surah Ya-sin untuk arwah ayahnya.
Memang sangat sedih bila kita kehilangan orang yang kita sayang. Pada yang belum pernah melaluinya, I cuma boleh cakap, "bersedialah untuk saat-saat itu" kerana I pun pernah melalui saat-saat kehilangan orang yang sangat I sayang. Insan yang I maksudkan itu ialah ayah I.
I masih ingat lagi waktu tue I masih lagi di sekolah menengah. kalau tak silap, I baru form 2 masa tue. waktu tue I baru jer habis rehat and class sejarah baru jer start. then tiba-tiba I dengar nama I dipanggil ke bilik guru melalui sistem 'siaraya' sekolah. bila I dengar nama I dipanggil tue, I cuak lah jugak....I ingatkan yang I ada buat salah or something, then my teacher pun suruhlah I pergi ke bilik guru tue.
I pun dengan hati yang gemuruh pergilah ke bilik guru and then waktu I sampai di perkarangan bilik guru (bilik guru I di tingkat atas) I nampak mak I, kakak and abang I dah tunggu I. I pun terkejut jugak bila tengok mereka. then I pun terus jer lah tanya kepada mereka "kanapa tiba-tiba datang nie" (actually I belajar di sekolah berasrama, so memang I kena tinggal di asrama on that time) then kakak I cakap "abah dah tak de, nie nak ambik kau pergi balik" katanya dengan suara yang tersekat-sekat.
Demi tuhan......hanya empat perkataan 'abah dah tak de' membuatkan I terduduk. bila I dengar jer kata-kata tue...semuanya yang ada dalam fikiran I hilang serta-merta. fikiran I kosong waktu tue, macam orang baru bangun tidur. I tak tahu nak buat apa and nak fikir apa. I masih lagi terkejut sangat waktu tu sampailah warden I datang dan suruh I ke bilik untuk mengambil pakaian I.
Bila dah siap berkemas, I terus jer masuk ke dalam kereta untuk pergi ke kampung bapa I. Actually mak dengan bapak I dah lama berpisah, so memang I dengan bapa I tak tinggal sekali and waktu dia meninggal tue, jenazahnya dibawa pulang ke kampung asalnya. waktu di dalam kereta, semua orang membisu. hati I rasa sangat sebak waktu tue tetapi I tak menagis lagi. hati I berkata yang ayah I dah tak ada tetapi dalam masa yang sama i cuba nafikan itu semua selagi masih belum melihatnya sendiri.
semakin dekat destinasi kami, hati ini semakin sebak.....satu persatu kenangan I with my late father bermain di fikiran I. bila I pandang ke arah kakak dan abang, masing-masing hanya termenung jauh. Then....selepas 2 jam lebih menaiki kereta, akhirnya kami semua sampai juga ke rumah nenek I (rumah ayah I).
Bila I nampak sahaja ramai orang berada di sekitar kawasan rumah. I terus sahaja menangis kerana I tahu....memang ada kematian di rumah itu. sekarang I memang kena terima hakikat yang ayah I memang dah tak ada, sewaktu kami sampai, jenazah baru sahaja dimandikan.
Kami semua terus jer masuk ke dalam rumah and bila I lihat pada sekujur tubuh yang sedang dikafankan itu, hati I memang sangat sebak. I perhatikan betul-betul jasad itu dan memang betul.... susuk tubuh itu memang I kenal sangat. tak ada apa lagi yang boleh I cakapkan pada waktu itu, hanya menangis sahaja.
Selesai jenazah dikebumikan.....I termenung sendirian dan dalam hati I terdetik"kenapa setiap yang hidup mesti merasai mati?...kenapa kita tak hidup jer sampai bila-bila?. soalan itu memang I masih belum jumpa jawapannya sampai sekarang dan perasaan ketika kita kehilangan seseorang yang kita sangat sayang tue memang sukar nak digambarkan. kalaulah I nie ada banyak harta and all my property can exchanging with every single life that i'm love, then I will do but the thing is we can't.
so the true is.....bila kita still have a time to spend with someone we love, then use it rightly because we live in this world for onces only and we never get back if we loose it.
(Al-Fatihah kepada semua muslimin dan muslimat yang telah pulang ke pangkuan maha pencipta.....Amin)

Saturday 3 December 2011

Ujian Tuhan......


                                   (tengok lah..... dalam kan air banjir tue, mesti susah nak cuci nanti)

Hi.....oklah, sorry sebab I selalu say hi kan. Ok, we change our mode: Asalamualaikum for muslim and hi non-muslim. Harap-harap korang semua sentiasa ceria selalu hendaknya. Maklumlah sekarang nie kan dah nak hujung tahun, so maybe ada yang dah dapat bonus @ baru nak dapat bonus. So all the best yo. I sekarang nie pun sedang mengharap kalau2 tahun nie company I ada ong....bolehlah merasa bonus. Tak dapat bonus 2 bulan, dapat 1 1/2 month pun ok what.

                                    (haiwan ternakan yang sedang berusaha menyelamatkan diri)

                                               (harap-harap boleh guna lagi lah peti ais nie)

Dalam pada you'all semua happy2 nie kan, I nak tanya dengan you'all....pernah tak you'all semua nie menghadapi saat-saat yang sukar. Maybe waktu you'all kecil @ sekarang nie ke. Tak kisahlah berkaitan dengan soal duit ke, masalah kerja ke atau apa sahajalah. i'm sure kita semua pasti pernah melaluinya kan. Macam I nie memang tak payah nak cakap lah....memang banyak sangat....sampai pernah I terfikir yang hidup nie dah x de guna lagi....teruk betullah I nie kan.

Well....hari nie I nak cerita pasal ujian tuhan. Ujian tuhan nie ada macam2 kan...Sometine kita diuji dengan kesenangan and sometime kita akan diuji dengan kesengsaraan and whatever it is, kita sepatutnya tabah menempuhinya. Chewah....pandainya I nie cakap, macam Dato Fadzilah Kamsah kat Astro Oasis pulak. Cakap memanglah senang kan, tapi nak menghadapinya tue susah....

                                             (inilah wajah mangsa-mangsa yang terselamat)

Ujian tuhan yang I maksudkan nie ialah musibah yang datang melanda. Sebagai contoh macam gempa bumi ke, tsunami ke...ribut ke... tu semua kan ujian tuhan jugak walaupun ada sesetengah daripada kita yang anggap ia adalah satu bala kan. Apabila kita dilanda musibah macam nie, apa yang akan kita lakukan? mampukah kita menghadapinya dan yang paling penting....redhakah kita menghadapinya .

                                                    (ini pula mangsa korban banjir...kesian)

Baru-baru nie tempat I tinggal nie hujan lebat, mujurlah rumah I tak de apa-apa cuma jalan depan rumah I jer yang yang banjir sikit. so, I still boleh datang kerja lagi tapi ada sorang kawan I nie kesian sangat. I panggil dia nie 'Kak Izan'. Rumah Kak Izan nie banjir teruk. patutlah hari tue dia tak dapat datang. Bila I fikir semula... ingat senang ke bila rumah kita nie banjir. nak kena cuci rumah....nak kena angkat barang lagi, then nanti nak mandi pun tak selesa....rasa sangat menyusahkan.
                                          (tengok kawan I nie, betapa prihatin dengan haiwan)

                                           (banyak lagi tue nak kena hair dryer, larat ke kak?)


Tapi waktu dia datang kerja semula, I tengok yang dia masih mampu ketawa menceritakan kejadian banjir tue. hebat betullah. ialah.....ada sesetengah orang dah complain macam-macam tapi bagi orang yang dah biasa melaluinya, it is not a big deal at all. kalau you' all pulak?