Pages

FOLLOWERS

Tuesday 29 May 2012

ULAT BULU PANJAT LIDI…….


Hai and assalamualaikum to all of you. hope that everybody was fine. For today, I ada something yang I nak share pada korang semua. Today, my topic quite santai sikit coz lately banyak sangat topic yang berat yang I tulis so why not if today we all imbau semula nostalgia lama. Actually syok jugak kalau sekali-sekala kita imbas kembali saat zaman kanak-kanak kita kan.



Suatu petang….kira-kira 18 tahun lepas. Di dalam sebuah kelas sesi petang, ada 5 orang murid darjah 2 sedang berbual sesuatu ketika kelas berbaki lagi 10 minit sebelum waktu rehat.

Zamri: kejap lagi dah nak rehat, kita nak main ape jap lagi?
Pian: entah! Kita nak main apa geng?
Farid: em…kita main cuit tiang nak tak!
Udin: alah….semalam baru jer main cuit tiang, apa kata kalau hari nie kita main cuit duduk pulak.
Mas: wei…. Aku ngan Sal nak main sekali boleh tak?
Farid: mana boleh, kau kan perempuan… kau mainlah zerofan ngan budak lain.
Mas: alah, kau nie kedekut lah!
Zamri: ok-ok…. Kau boleh join, tapi janji jangan bising nyer kalau kau jadi nanti.
Mas: ok

Bila tiba waktu rehat….semua pelajar berpusu-pusu pergi ke kantin sekolah. Ada yang membawa bekal dan tak kurang juga yang berbaris untuk membeli makanan. 30 sen untuk sepinggan mee goreng dan baki 20 sen untuk minuman. Kelima-lima kanak-kanak tadi capat benar ingin menghabiskan makanan mereka. Bukan apa, kalau mereka lambat nanti, pasti ‘port’ mereka dah ada orang ambik. Selesai makan, semua pergi ke ‘port’ mereka. Si Mas siap bawak extra 3 orang kawan dia.

Pian: ok….hari nie kita main cuit duduk nak tak?
Semua yang lain: ok!
Udin: cepatlah lat-ta-li-lat….
Zamri: lambatlah kalau lat-ta-li-lat, kita pakai ‘ulat bulu panjat lidi’…cepat sikit.
Semua yang lain: ok!
Mas: ok, semua buat bulatan sekarang….Pian kira…
Pian: ulat bulu….panjat lidi….siapa dulu…dia jadi.  

Pian menyebut perkataan itu sambil jarinya dituding ke arah mereka semua. Apabila perkataan ‘jadi’ itu tepat pada Zamri, orang lain tersenyum gembira….Zamri yang ‘jadi’ dahulu…hehehe. Permainan pun bermula.



Hemm….korang ingat tak nostalgia lama macam tue. Kalau umur korang sekarang nie dalam 20 tahun ke bawah, rasanya korang mungkin tak merasa pengalaman macam nie kot kecuali kalau korang yang tinggal di kampung. Bagi mereka yang tinggal di bandar….hemm I don’t think so. Macam I, bila teringat semula zaman kanak-kanak I dulu, kadang-kadang I pasti akan tersenyum sendiri. BESTNYER…… tak payah nak pening-pening kepala, kalau pening pun time mengaji lepas magrib kot. Yelah…. Yang mengajar mak sendiri, kalau salah baca…..SIAP!!! he…he…he…

Bermain dengan kawan-kawan….macam-macam, main cuit duduk, teng-teng, musang dengan ayam, galah panjang dan banyak lagi. Kadang-kadang boleh bergaduh waktu main, he..he..he….. A tuduh B chengelat (main tipu), B memang main tipu tapi tak mengaku dan B tuduh pulak A sajer nak tuduh B, so apa lagi…. Terus spoil petang tue. Benci betul. Tapi petang tue jer, esok main balik. He..he..he, budak2… tak ke mana pun akal diaorang tue semua, betuk tak!



Hemm…. Walau apa pun, benda tue dah lama berlalu. Nak patah balik pun tak boleh and kalau umur cam nie (dah dewasa) masih gatal nak main cuit duduk, polis entry, pongkeh(konda-kondi), cuit tiang mahupun teng-teng, sah orang kata kita giler. Kalau anak dara buat perangai cam gini, alamat nyer sampai tumbuh kulat kat hidung pun orang tak masuk meminang dek!   

So nak buat cam maner….senang jer. Kalau korang ada masa terluang…bila balik ke kampung tue (kalau korang kerja di bandar) apa kata sekali-sekala korang gi jalan ke tempat yang korang biasa pergi waktu korang kecik dulu, lagi best kalau korang boleh bawak sekali beberapa orang kawan lama korang (kalau masih ada lah), confirm ‘terkenang’ dek! Or maybe for those yang masih ada adik kecik kat sekolah rendah…. Apakata kalau korang yang gi jemput adik korang balik. Sekolah tue kan ‘bekas’ sekolah korang, kalau korang datang 10 minit awal lagi bagus…sambil tunggu adik tue, bolehlah imbau semula kenangan lama. Tapi jangan ambik hari-hari, sekali-sekala jer. Barulah ‘mood’ tue hadir, he…he…he…

Korang tau tak kenapa tetiba jer I nak tulis nie semua. Sebab hujan ke? Tak….Klang nie dah lama tak hujan. Sebab….. sekarang nie CUTI SEKOLAH!!. Dulu, waktu I kecik…keseronokan cuti sekolah tue ibarat I dapat bonus waktu sekarang nie. I pasti akan siapkan semua kerja sekolah I secepat yang mungkin and start untuk follow all the schedule during the cuti sekolah. Nak tahu schedule apa? Schedule budak cuti sekolah lah! Pergi memancing, tangkap belalang and main waktu petang. Kadang-kadang dalam kul 2 petang ambik upah cabut uban mak. Nanti mak I kasi 30 sen untuk beli air pop bila tengah main nanti, he..he..he.. sampailah sehari sebelum sekolah buka semula…baru I teringat… I belum basuh kasut sekolah! Mampus!!! 

Korang ada nak shared something tak? Cer citer….Cer citer….

Friday 25 May 2012

WATAK.


(maaf kalau entry nie agak panjang)



Hi dan apa khabar semua. I harap korang semua sihat selalu. I sekarang ni macam biasa, still sihat macam biasa. Sedar tak sedar, sekejap jer dah hujung bulan kan. Cepat betul masa nie berlalu. Ya…. Betul! Memang cepat benar waktu itu berlalu meninggalkan kita semua.

2 hari yang lepas, sedang I asyik melayari internet (facebook) tiba-tiba I terjumpa seseorang. Actually bila lihat wajah lelaki (send request as friend) itu, I rasa macam kenal but I’m not sure. Ia seperti wajah seseorang yang I pernah kenal suatu masa dahulu. Bila I start chat dengan mamat nie, then I remember that this men is my friend….. my best friends actually that I’m loss for almost 10 years.

I betul-betul terharu waktu tue. Then, I terus sahaja call dia coz I tak puas chat by facebook. Waktu first dengar suara dia, memang I rasa sebak sikit. Maklumlah… dia memang kawan baik I kan. Bila dah berborak dalam phone, macam-macam benda yang kami bualkan. Bila dia start buka kisah hidup dia, I lagi tambah sebak. Cerita dia…. Lepas kali terakhir kami berjumpa (waktu I 16 tahun) dia telah pun dihantar ke SEKOLAH HENRY GURNEY (memang kami remaja yang agak nakal waktu tue) lepas dia keluar dari ‘Penjara Juvana’ itu, dia mula try to restructure himself.

“lepas aku keluar, aku start nak bina hidup aku, aku mula cuba cari kerja, tapi memang susah sangat. Bila orang tengok sijil sekolah Henry Gurney, dari interview pasal kerja bertukar jadi interview pasal aku pulak. Pernah sekali tue sampai aku marah pada tukang interview aku tue. Aku cakap pada dia :- Saya datang sini nak mintak kerja, bukan nak cerita saya buat kes apa!. Memang aku bengang dan sedih Din, aku tahu aku macam mana dulu… tapi itu cerita dulu, yang lepas tu lepaslah… tapi nasib baik ada jugak orang ambik aku kerja sekarang!”

Bila I dengar cerita dia tue, memang hati I nie sayu sangat. I mula terfikir…… dunia nie ibarat satu pentas opera yang maha luas, kita sebagai manusia yang hidup di atasnya pula ibarat para pelakon dan kehidupan itu sendiri pula ibarat drama pementasan yang cukup hebat. Sebagai pelakon…. kita sudah diberikan WATAK  yang tersendiri dan tugas kita ialah untuk ‘melakonkan’ WATAK itu hingga ke akhirnya. Apa WATAK yang kita pegang? Baik @ jahat?

Antagonis adalah WATAK yang dia pegang dulu… tapi itu dulu. Jangan kata dia, I pun pernah pegang WATAK itu dahulu. Kami masing-masing pernah buat benda yang tak baik dahulu! Tapi sekarang, semua dah berubah kan. Macam dia, yess… dulu dia memang agak teruk… dengan badan bertatu, suka minum dan buat macam-macam benda yang tak elok tapi perkara tue dah lama berlalu. bukan niat I nak tulis ini semua untuk menjadi bias (coz he is my BEST FRIEND) or influence public supaya bersikap ‘pemaaf’’ dan ‘menerima’ sahaja semua  perbuatan jahat yang orang lain lakukan terhadap kita. No! I’m not! Sebab itu topic I hari ini ialah WATAK.

Apa yang nak I sampaikan kali ini ialah berkaitan dengan nilai sebuah kehidupan seseorang manusia itu. Macam kawan I nie, walaupun dulu dia seorang yang teruk, tapi sekarang ini dia sudah berubah and right now he really need ‘the second chance’ from the rest in order for him to living his life. Kita biasa mendengar kata-kata “everybody deserve a second chance” but in real life…. Not everybody deserve a second chance and not everybody can easily give a second chance for us after all wrongdoing that we has done in the past. I know, the right of ‘forgiveness’ was influence by a lot of factor. Kalau kita yang menjadi ‘mangsa’, mungkin sukar untuk kita memaafkan atau melupakannya but kalau kita pula yang buat salah? Pasti hasilnya berbeza. Betul tak! Lagi satu, tanggapan orang sekeliling pulak? Banyak sebab untuk orang sekeliling sama ada untuk menerima / menolak bekas orang-orang yang berWATAK ‘jahat’ ini. Biasanya, they gonna judge us by the way we look… not by who we are and if that so, it is too bad.

WATAK….. ada macam-macam dalam dunia nie. Ada yang baik dan ada yang jahat. Kadang-kadang kita boleh jadi baik dan kadang-kadang boleh jadi jahat. Tapi, kalau dah nama kita nie manusia, sebaik mana pun kita…. pasti tetap ada sifat kejahatan dalam diri kita, kita tak akan jadi malaikat dan walau sejahat mana kita…tak kanlah tak ada langsung kebaikan dalam diri kita? kita tidak akan jadi sejahat iblis dan syaitan. Sebab…. Kita cuma manusia biasa. So…. Bila kita pernah tersasar satu ketika dulu dan selepas kita sedar semula…. Layanan dari orang sekeliling amat penting. Kalau mereka masih menolak kita walaupun WATAK kita kini berubah…. Memang ia sesuatu yang perit untuk diterima tapi… hidup ini tetap harus diteruskan.

I pandang situasi ini secara keseluruhan… macam kisah kawan I nie, maybe some of us may say “kalau tak mahu orang benci….kenapa buat jahat. Sebelum buat tue tak boleh fikir dulu ke? Bila dah buat baru nak menyesal! Nak buat apa!” yess!!! You got your point but if we think it back, are all people in this world were practices in that way (thinking first before do) for the whole of our life? The answer in NO! fatamorgana dunia ini cukup hebat! Tak semua yang mampu mengatasinya and pada kawan I pulak, mungkin dia terfikir “aku dah cuba jadi orang baik pun, orang masih hina aku, macamlah diaorang tue baik sangat!” yess!!! You also got your point but instead of you do that just to satisfy the other, it’s better if you do it for yourself.

Kita tak boleh nak mengubah persepsi orang lain terhadap kita, hanya orang itu sendiri yang boleh mengubahnya. So…. Sama ada mereka semua menerima baik orang seperti kawan I itu atau tidak, terpulang. Mungkin orang2 yang berWATAK ‘baik’ ini mudah untuk memandang serong orang seperti kawan I ini but jangan lupa, sifat berprasangka buruk itukan salah satu dari sifat mazmumah.

Lama I berborak dengan dia. macam2 cerita yang I dengar. Rupa-rupanya ada dua-tiga orang lagi kawan (lama) I yang seperti itu. Memang kesian bila I dengar. Ada yang masuk penjara, ada yang baru keluar dari ‘Rumah Pengasih’ dan ada juga yang sudah meninggal dunia kerana lumba haram. Bila I ceritakan pula kisah I yang kerja account dan kawan-kawan lain yang jadi cikgu, jadi translator dan ada yang bukak business sendiri padanya… dia menangis. Katanya “kenapalah hidup aku tak macam korang, korang dah berjaya bawak diri korang semua”

Itulah yang I katakan WATAK dalam kehidupan. WATAK diri kita yang kita pilih. Adakalanya kita tersalah memilih WATAK hidup kita sendiri tapi tak bermakna kita tak berpeluang untuk memilih WATAK yang baru dan kepada semua orang di luar sana, ini pesanan I buat semua:-

“WATAK baik dan jahat dalam kehidupan kita nie bolehlah diibaratkan sebagai melihat panorama ‘bulan mengambang penuh di malam yang gelap’. Anggaplah bulan mengambang penuh itu sebagai ‘sifat baik seseorang’ dan kegelapan malam itu pula sebagai ‘sifat jahat seseorang’. Kedua-duanya sangat berbeza tetapi ada bersama-sama. Kalau kita hanya memandang bulan yang mengambang penuh semata-mata….lupakah kita pada kegelapan malam yang melingkarinya? Dan jika kita hanya melihat pada kegelapan itu semata-mata…bukankah di sebaliknya ada satu cahaya yang cukup kuat untuk menerangi?..........”      


                   
          (inilah best friends yang ceritakan....my best friends ever)

P/S :- Kepada Rompin (nickname dia), walau satu dunia membenci kau, jangan berasa sedih dan kecewa coz aku tidak sama sekali membenci kau coz aku kenal diri kau tidak seperti mereka mengenali kau. Aku berhutang satu ‘kehidupan’ daripada kau dan aku yakin tidak ada seorang pun dari orang-orang yang berWATAK baik di dunia ini sanggup lakukan seperti apa yang kau lakukan dahulu.    

Wednesday 23 May 2012

TUNGGU SEKEJAP…..!





Hi and assalamualaikum again! So….. how are you guys? Hope you’ all sihat selalu yer…. I rasa macam dah lama sangat I tak menulis entry yang baru, so I think….today is the right time for me to write my new post and for today….. ‘Tunggu Sekejap…..!’.

Ok…. For today, I nak kita discuss about one topic that for me it quite cliché but it is good issue for us been discuss about it. Kita biasa dengar kan perkataan ‘tunggu sekejap!’ yang biasanya kita ucapkan or orang lain ucapkan kepada kita. Secara general….perkataan ini kita gunakan for refer to the act that we want to delay from do something. In other word, perkataan ‘tunggu sekejap’ nie memang acap kali kita gunakan.

So….now I want to ask you something, which one did you like…. Whether you said the ‘tunggu sekejap’ to someone else or you heard the ‘tunggu sekejap’ from the other. For me, I tak suka dengar perkataan tue dari orang lain and even if I need to say that ‘tunggu sekejap!’ to the other, I’m gonna use that’s word if it really necessary because for me, it’s very simple…. There are so much to do in our life, so if you delay it, you gonna miss it and you gonna delay a lot of thing after that. For sure, kita jugak yang rugi kan!

But…. I nie bukannya hanya pandai bercakap. I seorang yang berpijak di bumi yang nyata. Of course, in real life, sometime kita tak boleh nak jadi ‘sempurna’. Sometime, kita akan delay benda-benda yang quite importance for us and we took a time to do it because of something that not solid. For simple example…. Just because you peminat fanatik Chelsea, you sanggup delay you punya proposal and you tahu that proposal nak kena hantar esok petang pada boss… bila you syok sangat tengok bola (Chelsea vs Bayern Munich, lepas tue Chelsea menang pulak tue) then you pun cakap, “kejap lagilah aku buat, sempat kot nak hantar….”

That’s what happened to my friend. Ha…. Kan dah kena marah dengan boss. Sajer nak cari penyakit kan!. Kadang-kadang, yess…. We really need to delay something because we have another thing that much importance. For the other example, I terpaksa tangguhkan dahulu hasrat I untuk pergi reunion dengan kawan college I sebab sekarang nie I agak busy dengan kerja. Memanglah sedih tak dapat pergi but kerja lagi penting kan! Tu kan ‘periuk nasi’ kita.It’s ok, next time I will….

So….. ‘tunggu sekejap!’. Banyak maksud yang boleh dizahirkan dari perkataan ini. Bergantung pada intonasi ia diucapkan. Kadang-kadang, ia boleh memberi kegembiraan kepada kita, membuat kita berasa bengang dan marah atau mungkin boleh menghampakan kita. Sebagai contoh, kalau you tengah tunggu aweks you di luar rumah untuk keluar tengok wayang (for first date), even aweks you’all tue punyalah lambat nak bersiap, you still maintain jer tunggu, even bila aweks you cakap “tunggu sekejap yer!” you’ all mesti say ‘ok’ punyer. Betul tak!

Lain pulak halnya kalau you nak kejar report dari your colleague. Macam baru-baru nie, bila I mintak report dari kawan I coz his report are related with my report. When I ask him, then he said “tunggu sekejap! I belum siap lagi, maybe esok I bagi you” bila I mintak esok hari kata petang pulak! Mana I tak naik angin kan. Banyaklah kau punya sekejap!

So…. Kawan-kawan, after this…. Hope kita semua lebih bijak untuk menggunakan perkataan ‘Tunggu sekejap!’ lebih baik kalau kita cuba lakukannya dahulu sebelum dengan mudahnya kita berkata ‘tunggu sekejap’ ok. Er… hah! By the way…. You’ all tunggu sekejap yer… I akan postkan more entry for all of you after this.

Thursday 17 May 2012

HOW TO HANDLE IT?





Assalamualaikum dan apa khabar semua. I still sihat sentiasa. Actually now I try to living a healthy lifestyle starting by changing my daily food taking. Instead of using ordinary rice, now I try to change into a brown rice….. Then see what happened next.

Ok…. For today, I want to shared with all of you another entry and for today I need some advice from my friend out there how for me to handle my emotion. I nie actually bolehlah dikategorikan sebagai seorang yang cepat hot tamper @ cepat melenting @ cepat naik angin when something that I didn’t like happened to me and yes…. I do know that it is not a good behavior but it is not easy for me to let it go.

Before this, I still boleh handle sikit-sikit, kalau I tamper pun, I just marah sikit-sikit lah (you boleh baca entry mulut celopar @ laser). Biasanya memang mulut I jer lah yang bising and biasanya perkataan yang keluar tue still boleh dianggap tidak keterlaluan lagi but lately nie, it likes to hard for me to handle my emotion. I tak tahu kenapa? Adakah disebabkan bebanan kerja I yang semakin bertambah or sikap I yang terlalu perfectionist or sikap I yang berubah after I got a promotion. Oh god…. what should I do?

Dua hari lepas, I bergaduh besar dengan Miss Q (baca entry ‘Bisa dari mulut’) and puncanya tak seberapa pun. Just because of kipas and meja. I maki dia seolah-olah dia tue bukan manusia. I buat dia betul-betul macam anjing kurap. Dah lah suara I nie kuat bila marah, ditambah pula dengan kata-kata kesat serta carutan and dengan ramai orang yang berada di situ, dia pasti rasa terhina sangat. Sampaikan dia menangis baru I slow sikit. Even one of my boss (perempuan) pun terdiam bila I tengah marah. Kawan-kawan yang lain for sure tak berani nak campur….maybe takut kena maki dengan I.

Yang paling tak sedap ialah bila I mempertikaikan education level dia. actually that is really sensitive issue and it is not good bila kita memperkecilkan orang sebegitu. Yes…. Memang I’m more educated then her but it is not good if we questioning the other likes that…. Try to humiliating the other by make then look too dumb, too stupid, or to makes us look  ‘I’m the best’.

Bila I dah reda sikit, my manager pun panggil I. Dia ajak I minum kopi bersama and at the same time we discuss about the ‘tragedi’. Then baru I cerita pada dia perkara yang sebenar. Actually 2 days before that ‘tragedy’ happened, I ada sikit rasa tak puas hati dengan Miss Q (I nak pinjam kipas, dia tak bagi) and I nie pulak jenis yang bila tak puas hati, I start cari pasal dengan orang yang buat I sakit hati tue. It is the way for me to tell that I’m angry with you. When I start buat hal, Miss pulak fight back and as a men, I for sure akan tercabar so…. Boom! Terus meletup on that day.

On that time, I lihat Miss sebagai satu makhluk yang sangat I benci and perlu dimusnahkan. Macam-macam I maki dia, she just defense herself with a nice word and I still use unappropriated word. I’m mocking, insulting and yelling at her just likes that. Sampaikan tangan dia terketar-ketar and she said “tolong respect sikit akak! Akak cukup respect dengan you selama nie” sambil menangis. 

Habis jer I ceritakan pada manager I, then dia pun bagi I sikit advice. Manager I cakap “for me, it’s likes ombak di dalam cawan. Ia tak akan ke mana-mana pun. I tak kata you salah or dia betul coz masing-masing ada point masing-masing tapi bila you cakap kasar dengan dia di depan orang ramai and memandangkan umur dia yang lebih tua dari you, memang kelihatan you quite rude for her. Orang perempuan nie kan hatinya lembut, so I think it is gentlemen if you can ask for apologies to her coz after this, both of you still have to work together and still have to communicate”

Bila I fikir balik apa yang manager I cakap, I rasa memang I agak keterlaluan on that time. Huh….  What can I do? I tak tahu, bila I tengah marah, memang I dah tak nampak kiri-kanan…. Kepala I terus jer rasa panas and boom! Again.

So, can someone help me to solve this problem. Yeah… I know I’m not pious person. A person who obeying his religion. I’m not a good person but I just a person. So….sometime we get mad, happy and sad…. All those thing was in me but how can I control it and how can I be a better person?

(I dah pun mintak maaf pada Miss Q on the same day and she forgive me. I try to makes sure that this is not gonna be happened again. Try to living healthy live inside out)               

          

Wednesday 16 May 2012

DARI TANGAN-TANGAN INI…….




Assalamualaikum and how are you guys….. hope korang semua sihat-sihat selalu kay. Hemm….today I’m so tired. Starting in the morning I’m not in the office. Sibuk nak ke bank lah, jumpa client and go to custom. But it’s ok, even bila dah petang baru jer I masuk semula ke office… I don’t mind, as long as I still have a time to write my new post just to all my readers.

Ok…. For today, my topic actually ada jugak kena-mengena dengan apa yang I tulis di atas tadi. Tajuknya ‘Dari Tangan-Tangan Ini’….. hemm, agak-agak korang I nak cerita pasal apa pulak kali nie. well…. For this entry, I nak bercerita tentang kehidupan kita semua. Dengan tangan kita ini, apa yang kita semua lakukan dan apa yang kita semua boleh lakukan.

Ada orang…. ‘dari tangan-tangan ini’, dia gunakan untuk mencangkul tanah demi untuk sesuap nasi. Memang perit untuk membanting tulang setiap hari demi kelangsungan hidup….tapi jika hanya ‘dari tangan-tangan ini’ yang kita ada….. ada baiknya kalau kita bersyukur kepada tuhan. At least, kita masih ada sesuatu.

Macam I….. ‘dari tangan-tangan ini’ I gunakan setiap hari untuk menekan kalkulator dan keyboard computer untuk menyiapkan kerja-kerja account. Ini jalan yang I pilih dan I bahagia dengannya. I bersyukur kerana setidak-tidaknya I tak perlu menggunakan tangan-tangan I ini untuk membuat kerja-kerja yang sangat berat demi sesuap nasi. Kalau nak dibandingkan hidup I dengan pekerja buruh kasar, memang hidup I lebih baik dari mereka.

Tapi….. tak kisah lah walau apa pun pekerjaan yang kita semua lakukan, yang paling penting, ‘dari tangan-tangan ini’ kita lakukan sesuatu dan alangkah baiknya jika ‘dari tangan-tangan ini’ kita boleh melakukan perkara yang baik kepada diri kita dan juga kepada orang di sekeliling kita. Walaupun, realiti hidup ini, kadang-kadang, ‘dari tangan-tangan ini’, kita juga lakukan sesuatu yang buruk.

I ambik satu contoh….. cuba kita lihat pada seorang ‘Pengutip Sampah’. Mungkin ada yang memandang jijik pekerjaan mereka. Mungkin ada ibu bapa yang berkata kepada anak mereka yang malas belajar “kalau kau malas nak belajar, esok…bila kau dah besar, kau kerja lah kutip sampah!”. Itu…. Pada pandangan mata yang memerhati. Cuba kita letakkan diri kita di pihak mereka (walaupun I tahu memang bukan mudah kita nak imagine kan ia), mungkin dengan pelajaran yang tak seberapa, berasal dari keluarga yang daif, apa lagi yang boleh mereka lakukan?

Kalau ada orang yang memandang hina orang seperti ini, cuba kita fikir sejenak…. ‘dari tangan-tangan ini’ lah yang membantu kita saban hari. Kalau nak harapkan orang yang pakai kot dan tali leher atau ‘tangan-tangan’ mak-mak datin yang bersusun gelang emasnya…. Alamatnya bertimbun lah sampah-sarap. Sama jugak dengan orang yang bekerja di loji kumbahan tue, kalau tak ada mereka nie semua, macam mana?. Nak ke kita buat semua kerja tue? ‘dari tangan-tangan ini’ lah yang membantu kita semua untuk mengecapi hidup yang selesa.

Pada I, tangan-tangan orang seperti ini sangat mulia jika nak dibandingkan dengan ‘tangan-tangan’ yang hanya tahu menyusahkan orang lain untuk kesenangan hidup mereka. Tangan Si Pengutip Sampah lebih harum dari Si Peragut. Tangan Si Tukang Cuci Tandas lebih bersih dari tangan Si Pencuri dan tangan Si Penggali Kubur amat besar jasanya jika dibandingkan dengan ‘tangan-tangan’ si kaya yang hanya pandai mengangkat tangannya untuk menunjuk dan mengherdik orang lain.

Ada orang….. ‘dari tangan-tangan ini’ mereka gunakan untuk mencari rezeki yang halal dan ada juga di antara kita yang tidak. Seorang guru…. Dengan tangan yang memegang sebatang kapur tulis…. Mereka curahkan ilmu kepada kita. Seorang pelacur…. Mungkin ‘dari tangan-tangan ini’ mereka gunakan untuk melambai-lambai ke arah lelaki jongos yang tersedia dengan ‘keinginan’ yang tinggi dan sedikit duit hasil dari ‘tangan’ mereka yang penat bekerja membancuh simen @ menghantar surat di sebelah siangnya.

So….. ‘dari tangan-tangan ini’, apa yang kita lakukan???     

Wednesday 9 May 2012

LIHAT JAUH NUN DI SANA…….


♪♫♪ Lihat jauh nun di sana….. tekun petani kerja ♪♫♪
Buah padi masak kuning…. Isteri kerja sama
Potong-memotong… membanting padinya
Bercerai lah tangkai jerami…..
Dulu padi ditumbuk dan ditampi
♪♫♪Kini mesin jadi…. penganti♪♫♪



Hemm…. Pernah tak korang dengar lagu nie? I tak pasti budak zaman sekarang tahu lagu nie but for those who in my ages, I’m sure korang pernah dengar lagu nie or maybe korang pernah menyanyikannya di kelas muzik waktu sekolah rendah dulu. Kalau korang dah lupa….. it’s ok, lagipun umur kita nie….makin lama makin meningkat kan.

So….kenapa pulak tiba-tiba jer I nak tulis pasal entri nie?. hemm….biasanya bila hari hujan jer…. I akan terkenang semula nostalgia lama kan. Well, memang sekarang nie tengah hujan pun di Klang and because I have a cup of hot coffee in my hand, I think this is the best moment for me to flashback all the sweetness memory that I have in the past.

Actually….bila I ingat balik lagu nie and bila I menyanyikan semula lagu pada zaman kanak-kanak I nie, I rasa sayu sangat. Tak tahu kenapa! Bukan sebab I rasa yang I nie terlalu tua or nak merasa muda semula but the lyric itself gives a huge meaning to me. For me, this song tell us about all of the happiest thing in life. Keseluruhannya berkisar tentang kegembiraan, keseronokan menikmati kehidupan tanpa sebarang elemen-elemen yang negatif. Memang sangat indah hidup ini kan.

Tapi….hakikatnya….. hidup nie tak seindah mimpi. Kita mahukan semua perkara yang baik datang kepada kita, tapi ada kalanya ia akan datang bersama yang buruk. Kita cuba untuk menolak semua masalah hidup, tetapi….tanpa kita sedar….kekadang kita sendiri yang menariknya kembali. So…. What should we do?

Cuba fahami lirik lagu tue baik-baik….ia cuma mengisahkan kehidupan seorang petani dari sudut yang menyeronokkan. Tapi….kalau kita relate kan dalam reality kehidupan kita sekarang nie…betul ke? Hidup kita nie ibarat duit syiling yang ada dua muka…. Kalau kita pandang depan…maka kita tak nampak yang belakang dan begitu jugalah sebaliknya.

Hidup kita ini sebenarnya adalah sesuatu yang sangat misteri. Kita boleh mencuba untuk mencari jawapan kepada setiap persoalan yang datang kepada kita tetapi jangan sesekali kita cuba untuk menguasai kehidupan kita ini. Kelak, kita juga yang merana dek kehidupan kita yang tidak seperti yang kita harapkan. Selagi masih ada waktu, cuba kita nikmatinya sebaik yang mungkin kerana hidup di dunia ini cuma sekali kan.     

Sunday 6 May 2012

DARE TO STAND IT?


Hi and assalamualaikum kepada semua kawan-kawan I. I hope that you all still lagi sudi to read my blog. To all my blogger’s friend, I’m so sorry coz lately I’m so busy until I didn’t have enough time to visit back your blog and I know it is not a good excuses. So…. I’m promise that I’m gonna visit all my friend’s blog starting from this week. You can hold my word….

                           (cuba kita beranikan sikit diri kita kay)

For today, I nak tuliskan satu lagi entry terbaru dan kali nie I nak ‘bermain’ sikit dengan sifat yang ada pada kita. Yeah…. Title kali nie ialah ‘DARE TO STAND IT?’, so you all agak-agak I nak cerita pasal apa? Kali nie I nak cerita pasal ada sesetengah dari kita yang takut nak mempertahankan pendapat kita dalam sesuatu perkara. I rasa semua orang pun pernah mengalami situasi macam nie kan.

Kalau korang nak tahu, dulu I pun takut nak mempertahankan ‘pandangan’ I. Biasanya benda nie berlaku mengikut situasi. Macam I, biasanya I takut dan I akan mengalah bila I rasa ada orang ‘yang lebih pandai’ daripada I yang memberikan pandangannya. Pada I, maybe I’m not good enough for that and even I still didn’t agree with it, I’m gonna use a safe ‘word’…… ‘ada orang kata…..’.

Hemm…. Shame on me….. memang rasa bengang sangat bila kita terpaksa agree dengan sesuatu yang kita tak suka tanpa sempat untuk kita memberikan option yang lain. But it’s ok, I’m learn from it. For now, I’m totally change….. now I’m dare to stand it. Yeah….after I realize that it’s all about our self confidence. Yeah…. Kalau kita tak yakin dengan diri kita sendiri, walau sebagus mana pun idea kita, pendapat @ pandangan kita…. Ia tak akan berguna sebab kita tak akan dapat untuk influence/convince orang lain untuk setuju dengan kita.

Cuba kita fikir balik, apa guna kalau kita dapat pointer 4.00 (that’s mean kita nie pandai kan) tapi bila ada orang mintak pendapat dari kita, kita mula tergagap-gagap nak cakap. Bila kita berikan pendapat and ada orang lain yang membantah… kita mula panik dan terus rasa yang ‘ I’m not good enough’. The point is…. It is not about the idea but it is about a person who give the idea. Do you dare to stand it?

Macam sekarang nie, when I have a meeting with my boss and when my boss ask my opinion, then I will give my opinion…. If someone disagree with me, it’s ok but I will stand for it. Whether our opinion is good or not, we were determine it by a discussion. So… rather then you just give-in with the other, why not if you stand for something that you think it is a good thing. Betul tak?



So… kepada semua kawan I di luar sana yang masih tak berani nak mempertahankan pendapat you or you ada banyak idea but you just biarkan sahaja ia ‘beku’ dalam fikiran sebab takut kena reject, I harap sangat you all berani untuk mempertahankannya. You all boleh cuba teori nie :-
1.     Kalau kita ada idea dan kita rasa idea or pandangan kita sesuatu yang baik, kita mestilah yakin dengannya.
2.     Untuk make sure kita yakin dengan idea kita, we must to check our idea and think all the possibility, the strength and weaknesses it have to makes sure it is the best that we can give.
3.     And….to make it happened, we must have a knowledge about it. Don’t embarrassing yourself by talking something that you know nothing about it. Stand for the thing that you really know and you really sure. So….make a research, ok.

As a conclusion, it doesn’t matter whether you have a good idea or not. The importance is…. Do you dare to stand your opinion and if the rest disagree with you….it’s ok. At least you give something. Don’t be a narrow minded. Look for the bright side….stick on your mind “maybe my idea is not suitable for now but I’m proud with it. At least I’m giving something and yeah….now I learn something from the rest”

Tuesday 1 May 2012

ENTRY COMBO:- DOSA SEORANG JANDA & DARI HATI KECIL SEORANG ANAK.


Assalamualaikum dan apa khabar semua. I harap semua kawan-kawan I di luar sana sihat selalu hendaknya. Hari ini, I menulis lagi untuk yang ke-sekian kalinya dan ini merupakan entry I yang ke-50. So, it is a special moment for me and for that…. I’m going to write a special entry to all of you. This entry is based on the true story….and, it is story of me…. I just hope that this story can teach us something to thought our life.

‘Dosa Seorang Janda’. Apa maksudnya?......



Ibu dan ayah I bercerai selepas I dilahirkan. Kemudian, selepas mahkamah memutuskan bahawa ibu I mendapat hak penjagaan anak-anak…masing-masing membawa haluan masing-masing. Ibu I serta 6 orang anak di bawah jagaannya memulakan hidup di sebuah ‘tanah rancangan FELDA’. Dengan rumah papan yang dah hampir nak roboh, kami semua mulakan hidup di situ. Pada mulanya…. Ibu I bekerja di sebuah kilang papan. Kerja secara shift siang dan malam. Tanggungjawab untuk menjaga kami semua dipikul oleh kakak yang sulung dan abang.
Setiap kali ibu bekerja pagi, I akan bertanya kepada kakak “mak mana?” walaupun I nampak sendiri yang ibu I nie keluar bekerja. Mungkin…. Terlalu naif pemikiran budak yang baru berusia 5 tahun. Bila petang menjelang, I akan tunggu di depan pintu. Tak sabar rasanya nak tengok muka ibu. Walaupun dia penat, tapi setiap kali dia balik dan melihat I berlari mendapatkannya, dia pasti tersenyum. Kadang2, I tunggu dia sebab nak report pada dia bila I kena pukul oleh kakak atau abang…biasalah…anak bongsu memang manja.
Bila ibu bekerja malam…sebelum ibu keluar dari rumah, dia akan jirus kan air Yaa-sin di sekeliling rumah. Maklumlah….rumah kami tak ada pagar macam rumah orang lain. Lagipun dinding rumah kami tue dah reput dimakan anai-anai. Nak membaikinya…masih belum mampu. Setiap kali dia nak keluar, dia pasti membaca doa agar kami semua selamat di malam hari tanpa dia. waktu kami nak tidur….kakak yang sulung pasti akan letakkan surah Yaa-sin di atas kelambu. Mungkin itu cara yang terbaik untuk gadis berusia 16 tahun memberanikan diri. Dia tahu…. Kalau dia takut, pasti adik-adik di bawahnya juga akan lebih takut.
Masa berlalu….makin kuat ibu bekerja…makin jarang dia bersama kami….makin banyak dia kumpul duit. Kemudian, dengan duit yang dia ada, dia membeli sebuah motosikal Yamaha berwarna biru. Itulah harta pertama ibu. Ibu harap, dengan adanya motor ini, bolehlah dia usahakan ladang sawit sendiri. Tak perlu upah FELDA lagi. Pasti dia akan ada pendapatan yang tetap dan lebih baik. Kali pertama ibu nak belajar menunggang motor, dia suruh I tolong tolak dari belakang. Waktu itu kami di hadapan rumah, sedang ibu berlatih, tiba-tiba jiran di sebelah rumah kami, yang juga seorang wanita seperti ibu dengan selamba berkata “hah…. Minah tue dah nak belajar bawak motor dah… siapa yang ada laki tu, lepas nie…kena  simpanlah dalam rumah!”. I langsung tak faham apa yang dia maksudkan sebab I masih kecil, tapi sebaik mendengar kata-kata itu, ibu terus menolak motor ke dalam rumah. Sejak hari itu, ibu belajar imbangkan badan hanya di dalam rumah.

Ya….. itulah ‘dosa’ yang I maksudkan. ‘Dosa’ kerana menjadi seorang janda. ‘Dosa’ yang diberikan oleh manusia sama seperti ibu dan yang lebih memeritkan lagi…. Manusia itu juga seorang perempuan seperti ibu. Hina sangatkah seorang janda? Rendah sangatkah maruah seorang janda? Patutlah ibu tak pernah nak tumpang sesiapa bila ada yang ingin menolongnya ketika dia pulang berjalan kaki. Patutlah ibu sangat marah kalau kami bergaduh dengan kawan-kawan ketika bermain. Patutlah ibu tak benarkan kami pergi bermain di rumah jiran-jiran. Patutlah ibu pukul abang sampai setengah mati bila orang tuduh abang mencuri. Rupa-rupanya…. Ibu terbeban dengan ‘Dosa’ yang orang jatuhkan padanya. ‘Dosa’ hanya kerana dia menjadi seorang janda.

‘Dari Hati Kecil Seorang Anak’. Ini kisahnya…..



Akhir tahun 1994. I rasa happy sangat. Ini kali pertama I akan naik ke pentas…. Maklumlah, I dapat no.2 di dalam kelas. Cikgu dah pesan supaya pakai baju cantik2 di ‘Hari Penyampaian Hadiah’ nanti. Bila balik jer ke rumah, I terus jer bagaitau pada ibu, I suruh ibu datang tengok. Ibu cakap “baiklah”. Bila tiba harinya, I tengok ibu masih belum sampai…. Dalam hati I resah… “mana mak nie?”. Acara dah pun bermula…. I tengok bila nama kawan I dipanggil dan dia menerima hadiah, dia terus jer berlari mendapatkan ibu dan ayahnya. Mesti dia happy sangat. Kemudian…. Nama I pun dipanggil, dengan gugup I naik ke pentas….selepas bersalam dengan guru besar, I ambik hadiah yang diberikan. I pandang penonton yang bertepuk tangan. Sayang…..ibu tak datang. I nak pergi ke mana? I nak peluk siapa? Sampai hati dia tipu I, bila balik, muka I muncung…. I tak nak cakap dengan dia sebab I rasa dia penipu. Dia cakap dia lupa….rupanya hari tue….hari dia jual getah.
Bila balik dari sekolah…. Ibu pasti tunggu I di luar pagar sekolah dengan pakaian kotor serta kasut yang bertanah merah dari ladang. Mungkin sebab dia tak sempat nak tukar. Kawan-kawan I selalu ejek I sebab ibu pakai macam tue. Biasalah….budak-budak kan. Apalah yang diorang tahu. Tapi I malu kena ejek macam tue. I tahu mak I tak macam mak bapak diaorang. Pakai baju cantik2 ambik anak pulang dari sekolah. Sampai I pernah mintak mak I tunggu I jauh sikit dari pagar sekolah. I tak tahan kena ejek dengan kawan. Biarlah I jalan kaki jauh sikit.
Kadang-kadang….waktu di sekolah rendah, pasti akan ada orang yang datang menjual buku atau barang-barang di sekolah. Bila mereka berikan pamphlet kepada I, I akan bawa balik dan desak ibu supaya membelikannya, dan biasanya memang ibu tak bagi. Katanya…itu membazir. Tapi I teringin sangat! Kawan-kawan I yang lain pasti akan beli. Bila I complained pada ibu, dia akan jawab “kawan engkau tue semua ada bapak! Engkau tak de, mak tak boleh nak beli sebab barang tu mahal!” I marah sangat dengan kehidupan I masa tue. Kadang-kadang I terfikir “kenapa aku lahir dalam keluarga nie?”
Tahun 1997. Hari raya Aidilfitri yang paling bermakna dalam hidup I. I pasti tak akan lupakannya sampai I mati kelak. Inilah hari raya yang pertama dan yang terakhir dalam hidup I, yang mana I dapat menyambutnya bersama ibu dan ayah I. Hari raya yang mana I dapat rasakan keseronokannya seperti keluarga kawan-kawan I yang lain. I ingat lagi sehari sebelum hari raya, ayah I datang ke rumah, katanya nak menjenguk anak-anak. I nampak ayah ada berbincang sesuatu dengan ibu, tapi I tak mahu nak campur…maklumlah hal orang tua. Tapi malam tue, selepas berbuka puasa, ayah I tak balik seperti biasa, ibu izinkan ayah tidur di ruang tamu rumah bersama abang manakala ibu dan kakak tidur di dalam bilik. Ayah minta I tidur di sisi ayah, katanya…. Dia teringin nak tidur dengan anak bongsu dia. I pun tidur bersamanya walaupun agak janggal. Paginya….. kami semua makan juadah hari raya bersama. Memang lain sangat rasanya bila dapat merasa berhari raya bersama ayah dan ibu. Itu kali pertama I cium tangan ayah di pagi raya. Tak sangka itu juga yang terakhir. Syukur kepada tuhan….at least I ada jugak pengalaman untuk diceritakan pada anak dan cucu bila I tua kelak. Selepas hari raya tue, ayah dah jarang datang menjenguk kami atas faktor kesihatan. Tahun 2000, ayah pergi tinggalkan kami semua.   

Ya….. itulah luahan dari hari kecil seorang anak yang ibu dan bapanya bercerai. Luahan hati seorang anak yang cemburu dengan kehidupan kawan-kawannya yang lain yang sempurna pada penglihatannya. Apa rasanya bila you tahu yang you masih ada ayah tapi dia tak bersama dengan you? Kalau ayah you dah meninggal, itu cerita lain. Sekarang nie, you tahu dia ada, you boleh nampak dia…tapi you tak boleh bersamanya! Mungkin rasanya seperti sebuah Mercedes Benz yang diparkir di hadapan rumah kita. Kita boleh lihat bertapa mewahnya kereta itu, kita boleh pegangnya tapi yang pasti…. Itu bukan milik kita.

Moral……

Bukan niat I untuk menjual kisah yang sangat peribadi ini kepada public untuk meraih simpati atau perhatian. Apa yang nak I sampaikan di sini ialah bertapa pentingnya sebuah kehidupan dan sebuah keluarga yang harmoni. I tahu….hidup dan mati kita….jodoh pertemuan kita….semuanya dah pun ditakdirkan. Tapi tak salah untuk kita cuba yang terbaik kan!.

I harap kepada semua pembaca blog ini…. Baik yang sudah berkahwin mahupun belum, cubalah jadikan kisah ini sebagai panduan. I akui, memang perit rasanya bila you dalam keluarga yang berpecah belah. Even….if you dari keluarga yang kaya pun, you still akan merasa kekosongan dan tidak sempurna seperti keluarga yang ada ibu dan ayah. I dah pun laluinya.   

Kepada pasangan suami isteri di luar sana…..cubalah berfikir panjang sebelum you lakukan sesuatu especially for husband. Please think about your children first! Kalaulah you boleh rasa bagaimana deritanya jiwa anak-anak yang kurang kasih sayang……

Well….. that’s my personel story. A story that built me to be what I am now. I tak salahkan ibu atau ayah I dan I pun tak boleh memilih dari keluarga mana I nak dilahirkan. Hidup kita nie ibarat menonton movie tanpa button ‘rewind’, kita tak boleh nak buat apa-apa, so ia hanya akan terus berjalan ke hadapan. Setiap orang ada ujiannya kan. I anggap ini ujian untuk keluarga I. Yang penting kita semua ada peluang untuk memperbaiki setiap kelemahan yang ada. I terpaksa telan sebiji ‘buah’ yang sangat pahit…. I tak suka tapi buah yang sangat pahit itulah yang membuatkan I hidup sampai sekarang…..