(maaf kalau entry nie agak
panjang)
Hi
dan apa khabar semua. I harap korang semua sihat selalu. I sekarang ni macam
biasa, still sihat macam biasa. Sedar tak sedar, sekejap jer dah hujung bulan kan . Cepat betul masa
nie berlalu. Ya…. Betul! Memang cepat benar waktu itu berlalu meninggalkan kita
semua.
2
hari yang lepas, sedang I asyik melayari internet (facebook) tiba-tiba I
terjumpa seseorang. Actually bila lihat wajah lelaki (send request as friend)
itu, I rasa macam kenal but I’m not sure. Ia seperti wajah seseorang yang I
pernah kenal suatu masa dahulu. Bila I start chat dengan mamat nie, then I remember
that this men is my friend….. my best
friends actually that I’m loss for
almost 10 years.
I
betul-betul terharu waktu tue. Then, I terus sahaja call dia coz I tak puas
chat by facebook. Waktu first dengar suara dia, memang I rasa sebak sikit.
Maklumlah… dia memang kawan baik I kan .
Bila dah berborak dalam phone, macam-macam benda yang kami bualkan. Bila dia
start buka kisah hidup dia, I lagi tambah sebak. Cerita dia…. Lepas kali
terakhir kami berjumpa (waktu I 16 tahun) dia telah pun dihantar ke SEKOLAH
HENRY GURNEY (memang kami remaja yang agak nakal waktu tue) lepas dia keluar
dari ‘Penjara Juvana’ itu, dia mula try to restructure himself.
“lepas
aku keluar, aku start nak bina hidup aku, aku mula cuba cari kerja, tapi memang susah
sangat. Bila orang tengok sijil sekolah Henry Gurney, dari interview pasal
kerja bertukar jadi interview pasal aku pulak. Pernah sekali tue sampai aku
marah pada tukang interview aku tue. Aku cakap pada dia :- Saya datang sini nak
mintak kerja, bukan nak cerita saya buat kes apa!. Memang aku bengang dan sedih
Din, aku tahu aku macam mana dulu… tapi itu cerita dulu, yang lepas tu
lepaslah… tapi nasib baik ada jugak orang ambik aku kerja sekarang!”
Bila
I dengar cerita dia tue, memang hati I nie sayu sangat. I mula terfikir…… dunia
nie ibarat satu pentas opera yang maha luas, kita sebagai manusia yang hidup di
atasnya pula ibarat para pelakon dan kehidupan itu sendiri pula ibarat drama
pementasan yang cukup hebat. Sebagai pelakon…. kita sudah diberikan WATAK yang tersendiri dan tugas kita ialah untuk
‘melakonkan’ WATAK itu hingga ke akhirnya. Apa WATAK yang kita pegang? Baik @
jahat?
Antagonis
adalah WATAK yang dia pegang dulu… tapi itu dulu. Jangan kata dia, I pun pernah
pegang WATAK itu dahulu. Kami masing-masing pernah buat benda yang tak baik
dahulu! Tapi sekarang, semua dah berubah kan .
Macam dia, yess… dulu dia memang agak teruk… dengan badan bertatu, suka minum
dan buat macam-macam benda yang tak elok tapi perkara tue dah lama berlalu.
bukan niat I nak tulis ini semua untuk menjadi bias (coz he is my BEST FRIEND)
or influence public supaya bersikap ‘pemaaf’’ dan ‘menerima’ sahaja semua perbuatan jahat yang orang lain lakukan terhadap
kita. No! I’m not! Sebab itu topic I hari ini ialah WATAK.
Apa
yang nak I sampaikan kali ini ialah berkaitan dengan nilai sebuah kehidupan
seseorang manusia itu. Macam kawan I nie, walaupun dulu dia seorang yang teruk,
tapi sekarang ini dia sudah berubah and right now he really need ‘the second
chance’ from the rest in order for him to living his life. Kita biasa mendengar
kata-kata “everybody deserve a second chance” but in real life…. Not everybody
deserve a second chance and not everybody can easily give a second chance for
us after all wrongdoing that we has done in the past. I know, the right of
‘forgiveness’ was influence by a lot of factor. Kalau kita yang menjadi
‘mangsa’, mungkin sukar untuk kita memaafkan atau melupakannya but kalau kita
pula yang buat salah? Pasti hasilnya berbeza. Betul tak! Lagi satu, tanggapan
orang sekeliling pulak? Banyak sebab untuk orang sekeliling sama ada untuk
menerima / menolak bekas orang-orang yang berWATAK ‘jahat’ ini. Biasanya, they
gonna judge us by the way we look… not by who we are and if that so, it is too
bad.
WATAK…..
ada macam-macam dalam dunia nie. Ada
yang baik dan ada yang jahat. Kadang-kadang kita boleh jadi baik dan
kadang-kadang boleh jadi jahat. Tapi, kalau dah nama kita nie manusia, sebaik
mana pun kita…. pasti tetap ada sifat kejahatan dalam diri kita, kita tak akan
jadi malaikat dan walau sejahat mana kita…tak kanlah tak ada langsung kebaikan
dalam diri kita? kita tidak akan jadi sejahat iblis dan syaitan. Sebab…. Kita
cuma manusia biasa. So…. Bila kita pernah tersasar satu ketika dulu dan selepas
kita sedar semula…. Layanan dari orang sekeliling amat penting. Kalau mereka
masih menolak kita walaupun WATAK kita kini berubah…. Memang ia sesuatu yang
perit untuk diterima tapi… hidup ini tetap harus diteruskan.
I
pandang situasi ini secara keseluruhan… macam kisah kawan I nie, maybe some of
us may say “kalau tak mahu orang benci….kenapa buat jahat. Sebelum buat tue tak
boleh fikir dulu ke? Bila dah buat baru nak menyesal! Nak buat apa!” yess!!!
You got your point but if we think it back, are all people in this world were
practices in that way (thinking first before do) for the whole of our life? The
answer in NO! fatamorgana dunia ini cukup hebat! Tak semua yang mampu
mengatasinya and pada kawan I pulak, mungkin dia terfikir “aku dah cuba
jadi orang baik pun, orang masih hina aku, macamlah diaorang tue baik sangat!”
yess!!! You also got your point but instead of you do that just to satisfy the
other, it’s better if you do it for yourself.
Kita
tak boleh nak mengubah persepsi orang lain terhadap kita, hanya orang itu
sendiri yang boleh mengubahnya. So…. Sama ada mereka semua menerima baik orang
seperti kawan I itu atau tidak, terpulang. Mungkin orang2 yang berWATAK ‘baik’
ini mudah untuk memandang serong orang seperti kawan I ini but jangan lupa,
sifat berprasangka buruk itukan salah satu dari sifat mazmumah.
Lama
I berborak dengan dia. macam2 cerita yang I dengar. Rupa-rupanya ada dua-tiga
orang lagi kawan (lama) I yang seperti itu. Memang kesian bila I dengar. Ada yang masuk penjara,
ada yang baru keluar dari ‘Rumah Pengasih’ dan ada juga yang sudah meninggal
dunia kerana lumba haram. Bila I ceritakan pula kisah I yang kerja account dan
kawan-kawan lain yang jadi cikgu, jadi translator dan ada yang bukak business
sendiri padanya… dia menangis. Katanya “kenapalah hidup aku tak macam korang,
korang dah berjaya bawak diri korang semua”
Itulah
yang I katakan WATAK dalam kehidupan. WATAK diri kita yang kita pilih.
Adakalanya kita tersalah memilih WATAK hidup kita sendiri tapi tak bermakna
kita tak berpeluang untuk memilih WATAK yang baru dan kepada semua orang di
luar sana , ini
pesanan I buat semua:-
“WATAK
baik dan jahat dalam kehidupan kita nie bolehlah diibaratkan sebagai melihat panorama
‘bulan mengambang penuh di malam yang gelap’. Anggaplah bulan mengambang penuh
itu sebagai ‘sifat baik seseorang’ dan kegelapan malam itu pula sebagai ‘sifat
jahat seseorang’. Kedua-duanya sangat berbeza tetapi ada bersama-sama. Kalau
kita hanya memandang bulan yang mengambang penuh semata-mata….lupakah kita pada
kegelapan malam yang melingkarinya? Dan jika kita hanya melihat pada kegelapan
itu semata-mata…bukankah di sebaliknya ada satu cahaya yang cukup kuat untuk
menerangi?..........”
(inilah best friends yang ceritakan....my best friends ever)
P/S
:- Kepada Rompin (nickname dia), walau satu dunia membenci kau, jangan berasa
sedih dan kecewa coz aku tidak sama
sekali membenci kau coz aku kenal diri kau tidak seperti mereka mengenali
kau. Aku berhutang satu ‘kehidupan’
daripada kau dan aku yakin tidak ada seorang pun dari orang-orang yang berWATAK baik di dunia ini sanggup
lakukan seperti apa yang kau lakukan dahulu.
Slots & Casino - Mapyro
ReplyDeleteCheck 경주 출장마사지 out the 703 slot machine locations in Wazala, 순천 출장안마 Wazala, Wazala, Wazala, Wazala, 태백 출장마사지 Wazala, Wazala, 천안 출장마사지 Wazala. 사천 출장안마