Pages

FOLLOWERS

Wednesday 28 March 2012

MACAM BUDAK-BUDAK

Hai…..assalamualaikum and apa khabar semua. I hope that all of you always fine even right now our weather is quite hot, I hope it isn’t long. Hemm….rasa macam dah lama sangat I tak menulis entry yang baru, I means entry pasal human behavior nie, so I think today I want to post another new entry and for today my topic is ‘Macam budak-budak’. You all rasa….. apa yang I nak ceritakan pada hari nie? ok…. For today I want to talk about a person who sometime act likes a child even their age is not suitable anymore to been that way.

Kadang-kadang sama ada kita semua sedar @ pun tak, kita punya attitude akan seperti keanak-anakan sedikit. Maybe when something rushing to our life or maybe….yeah, we do likes a child in certain situation. I don’t know but it happened. I’m not gonna say it as a good or bad thing because for me it is natural behavior. To be honest, yeah….sometime in my life, I do act likes a child even now I should get a ‘Child’s Father’ title. He…he…he.. just kidding.

Ok…here’s the story. Did you remember about Miss Q? alah….she is one of my friends yang I tulis entry dia dalam ‘Bisa Dari Lidah’ dulu. I selalu sangat perasan sikap dia bila dia marah pada seseorang @ tak suka pada seseorang…..dia seolah-olah mahu kawan dia yang lain (including me) turut membenci orang itu. Tak ke nampak macam budak-budak! Banyak kali bila I berborak atau menolong orang-orang yang dia tak berkenan, pasti lepas tue dia akan perli-perli I, dia akan cakap “orang dah ada best friend baru” banyak-banyak kali. Then kalau I tanya dia sesuatu perkara, dia akan cakap pulak “pergi lah tanya dengan kawan baik kau tue”. Tak ke menyakitkan hati bila kita dengar.

Kadang-kadang terlintas juga dekat fikiran I nie, apa lah tujuan dia bila dia cakap macam tue…. Puas ke hati dia? Seronok dia bila cakap macam tue? Suka ke bila tengok orang lain sakit hati? Tak rasa ke macam diri tue macam budak-budak? Hai….. macam-macam lah orang ada dalam dunia nie. Kalau kita ada masalah dengan seseorang atau tak suka pada seseorang tue, kita tak de hak untuk influence orang lain, lebih-lebih lagi orang yang rapat dengan kita untuk membenci orang tue juga. Memang nampak macam tak matang. Then bila kawan-kawan kita yang lain tue rapat dengan orang yang kita tak suka dan kita marah….. lagilah nampak macam budak-budak.

Jangan ingat bila you berkawan dengan seseorang, you boleh menguasai orang tue. You boleh tentukan sesuatu pada orang tue. Jangan sampai nanti you yang akan kehilangan kawan kerana sikap you tue    

Sunday 25 March 2012

Kata Hati……

Kita biasa mendengar orang berkata “kalau ikut rasa….binasa, kalau ikut hati….mati”, hemm…..betul ke? Untuk menjalani kehidupan di atas muka bumi nie, tak mudah macam yang kita semua impikan @ kita semua angankan macam waktu kita semua masih kecil dahulu. Terlalu banyak perkara yang berlaku dan yang perlu kita semua tempuh waktu kita hidup dan setiap keputusan @ tindakan yang ingin kita buat, kita perlulah mengambil kira semua faktor yang kita ada dan kadang-kadang, oleh sebab terlalu banyak faktor yang perlu kita pertimbangkan, kita memilih untuk melepaskan semuanya dan hanya menurut kata hati semata-mata.



Sebenarnya…..kata hati kita ini merupakan sesuatu yang sangat istimewa. Ia adalah sesuatu perasaan yang natural yang datang dari dalam diri kita yang terhasil dari pemerhatian kita sendiri tentang kehidupan kita. Jadi….betul ke kalau kita cakap “kalau ikut hati….mati” . Pada pandangan I, ia salah sama sekali. Biasanya kita hanya akan mengharapkan yang terbaik untuk diri kita sendiri dan apa sahaja tindakan yang kita ambil mestilah untuk kepentingan @ kebaikan peribadi. Andai kata, jika sesuatu tindakan yang kita lakukan itu mengikut kata hati kita dan hasilnya mengecewakan kita, tidak mengapa….kehidupan ini juga sesuatu yang misteri…..bukan semua soalan itu ada jawapannya!



Jadi……renungkanlah. Bukan semua tindakan yang kita ambil selepas kita berfikir panjang akan menguntungkan kita dan bukan semua tindakan yang kita ambil hanya dengan mengikut kata hati kita akan menyebabkan kita menyesal di kemudian hari. Banyak sebab yang memungkinkan semua itu. Salah satunya….mungkin dah ditakdirkan tuhan. Jadi pilihlah yang mana satu…..andai kita rasa kata hati kita lebih kuat, cuba kita ambil risiko untuk menurutkan nya dan andai kata kita tersilap langkah….pasti ada jalan untuk kita berpatah semula. Pasti…..

Kesilapan demi kesilapan yang kita lakukan dalam hidup kita kerana mengikut kata hati kita sendiri sebenarnya mengajar kita sesuatu tentang kehidupan ini. “apabila kita berjalan dan kita terjatuh di dalam lubang yang dalam, hanya diri kita sahaja yang tahu betapa sakitnya bila terjatuh. Kita tetap harus bangun dan cuba keluar dari lubang tersebut dan apabila kita berjaya keluar, pasti kita akan berjalan semula dengan lebih waspada kerana kita tidak mahu jatuh lagi”. Jadi….kesilapan yang kita lakukan pada hari ini mungkin akan memberikan kebaikan kepada kita untuk hari esok. Ya….memang untuk belajar dari kesilapan itu adalah sesuatu yang memeritkan tetapi percayalah…ia sangat berkesan.

Kepada kawan ku semua…..cuba tepuk dada, tanya hati dan iman kerana kehidupan ini pasti mengajar mu………sesuatu.

Sunday 18 March 2012

BE A GOOD & SMART FOLLOWER.

Assalamualaikum dan salam sejahtera I ucapkan kepada semua readers yang follow blog I nie. I rasa lama jugak I tak tulis entry baru…..maybe I sibuk sikit kebelakangan nie but it’s ok, today I have a time to spend and to write my new entry. I’m preparing myself to write this new entry but the question is…..do you prepared yourselves to read it? Why I’m saying likes this? …… because I think this new entry is quite ‘controversy’ and ‘sensitive’ but as I said before…. I’m  already prepared myself….. so lepas nie, kalau ada orang yang tak agree with me and hentam I pun… I tak kisah, I just show my opinion.

Ok…..today I nak bercerita and mengkritik sikit tentang sikap segelintir daripada orang Melayu kita yang beragama Islam di Malaysia nie. I nak kritik sikap segelintir dari kita yang mengamalkan cara hidup Islam yang terlalu ‘ketat’ dan konservatif. Melalui cara hidup yang mereka amalkan nie, I…..as a Muslim pun felt that it’s too tight and too difficult to be a Muslim. So how about for non-Muslim? How their first impression about Muslim lifestyle? How we want to show them how nice….wonderful and great to be a Muslim.





I tahu apa yang I tulis nie….mungkin tak menyenangkan segelintir pihak, tapi I cuma nak berikan pandangan I sahaja. For me, Islam is the way of life. It is not just a religion. Our Prophet Muhammad S.A.W teach us everything about the Islamic way and we as a follower have a huge responsibility. A responsibility to follow all the rule, term and norm in Islam as good as we can. I mention it twice …. As good as we can. Why…. Sebab kita nie semuanya manusia biasa kan. Tak kan kita mampu lakukan perkara yang hanya ‘insan terpilih’ mampu lakukan.





Dulu, ada sorang kawan I yang for me….the way he look on Islamic way is too tight. Ini tak boleh…itu tak boleh, ini haram…itu haram…., so how? Sometime I rasa dia keliru antara agama, adat dan ‘tradisi keluarga’ yang dia amalkan. Pernah satu kali, dia tegur I sebab warnakan rambut. Dengan tegas dia mention pada I “hukum mewarnakan rambut adalah haram!”. I terkejut bila dia kata macam tue, even though I nie bukanyer datang dari sekolah Tahfiz, but I really sure that mewarnakan rambut nie bukannyer satu dosa. I tak puas hati and I jumpa sendiri dengan my lecturer(ustaz) and bila I tanya balik….ustaz I tue cakap, tak salah pun kalau mewarnakan rambut, asalkan warna yang digunakan tue mestilah halal dari hukum syarak dan boleh dibawa sembahyang.

Bila I terangkan semula pada kawan I tue, dia tak boleh terima dan dia siap cakap pada I, pada dia orang yang mewarnakan rambut tue tetap tak baik. Jelas yang dia sendiri dah ‘set dalam kepala’ cara hidup Islam yang macam nie yang dia nak amalkan. Salah sorang daripada bapa saudara I pun ada yang macam nie. Pada I, I  rasa kesian dengan orang yang macam nie. For me, they just follow without thinking. They act blindly. Maybe…they didn’t know or maybe ‘over know’ the Islamic ways. Biasanya orang yang macam nie, lebih suka mendengar orang lain (contohnya…bapak dia ke) cakap dan tak mahu dapatkan kepastian dari sumber yang lebih sahih dan tepat. Orang-orang yang macam nie lah yang menjadikan ‘cara hidup Islam’ nie sesuatu yang sangat susah, sangat membebankan dan tak de fun langsung. Seolah-olah Islam hanya mengajar kita tentang dosa…dosa…dan dosa.

Sepanjang hidup I nie, ramai jugak orang yang macam nie yang I jumpa. Di bawah nie I listkan beberapa statement yang pernah mereka cakap pada I dan I rasa ia bukan datang dari Sunnah or Quran but it’s come from their own interpretation and assuming about the Islamic ways.

·        Kalau seorang wanita mengandungkan anak luar nikah kerana dirogol, anak itu boleh dibuang untuk mengelakkan rasa aib keluarga.
·        Tak boleh memakai minyak wangi beralkohol untuk bersembahyang. Haram hukumnya.
·        Mengadakan majlis kenduri kawin tue sebenarnya tak baik. Yang wajib tue nikah.
·        Haram menziarahi kematian orang yang bukan beragama islam.
·        Kita boleh mencuri harta orang bukan Islam dengan niat untuk melemahkan pengaruh mereka.

Ini hanyalah sebahagian sahaja. Kalau nak ikutkan, banyak lagi statement yang I dengar dari orang-orang yang I anggap misconception about Islamic ways. Bila I tak agree with them, they accuse me that I’m ‘Secular Islamic Practices’ but for me….they are an orthodox. Ini hujah I base on what I learn, what I know and logical view of Islam for above statement.  

·        Wanita yang dirogol tue tak bersalah. Anak yang dikandungkan pun tak bersalah. Kenapa pulak nak dibuang? Orang yang memandang hina anak itu sebenarnya yang  ada masalah. I rasa isu ‘hinanya anak haram’ nie memang dah kebal dalam mentaliti orang Melayu kita nie. Untung lah bapak budak yang buat tue….bukan dia yang ‘haram’.
·        Kegunaan alkohol sangat meluas dan tidak terbatas dalam pembuatan arak semata-mata. Alkohol pada asasnya tidak mendatangkan apa-apa kesan kepada kita dan hukumnya juga tidak haram tetapi apabila ia dicampur dengan beberapa unsur lain dalam pembuatan arak, maka ia boleh memberikan kesan mabuk kepada peminumnya. Dalam pembuatan minyak wangi….adakah ia juga mendatangkan kesan yang sama? Jika di sembur pada baju atau kulit, adakah ia menghalang air wuduk untuk sampai ke kulit kita seperti jika kita memakai minyak rambut atau pengilat kuku.
·        Rasulullah sendiri pernah menyuruh salah seorang daripada sahabatnya supaya berkahwin dan menghebahkan berita itu kepada yang lain agar tidak menimbulkan fitnah kepada pasangan suami dan isteri itu. Cara yang terbaik untuk menghebahkannya adalah dengan mengadakan majlis kenduri.
·        Pernah satu peristiwa di mana ketika rasulullah dan para sahabat sedang duduk bersama-sama, lalu satu kumpulan Yahudi sambil mengusung satu jenazah melepasi Baginda, sebaik melihatnya Baginda bangun memberikan penghormatan kepada jenazah itu, para sahabat bertanya tentang tindakan Baginda itu, lalu Baginda menjawab “tidakkah jenazah itu juga seorang manusia seperti aku dan kamu?”
·        Orang bukan Islam terbahagi kepada dua golongan. Yang menentang Islam dan yang tidak menentang Islam. Ketika Rasulullah mentadbir Madinah, baginda menjaga kebajikan orang yang bukan beragama Islam sebaiknya dan hanya memerangi kumpulan bukan Islam yang memerangi Baginda.

So……kepada you all yang ada berfikiran macam nie. I nasihatkan….please think wisely. Jangan main ikut jer without think. I pernah tanya pada kawan I yang berfikiran macam nie “dari mana kau tahu?” then dia tak boleh jawab dengan tepat. Just dengar orang cakap jer tak kuat untuk kita jadikan ia sebagai satu fatwa. Bila I cakap macam nie, jangan ingat yang I nie seorang Islam liberalisme. Yang HARAM tetap HARAM. I cuma nak you all tahu dan fikir dulu sebelum you all ikut. JANGAN IKUT MEMBABI BUTA.

Agama Islam itu mudah, jangan kita mudahkan lagi dan jangan pula kita memberatkannya. Rasulullah tinggalkan umatnya dua perkara :- Al-Quran dan As-sunah sebagai panduan. Jangan lupa yang Allah juga anugerahkan kita sesuatu yang sangat berharga….AKAL untuk kita fikir. So try to be A GOOD & SMART FOLLOWER, not just follow the thing without thinking.




P/S : sesiapa yang tak agree dengan pendapat I nie, you can give a comment to me. I’m ‘welcome’ your opinion because I’m also want to know from the different perspective.                 

Thursday 15 March 2012

IT IS NOT MY TIME…….

Hai you all. Hope everybody were cheerful today. If you asking me, I were say that I’m cheerful coz now I know how to release my stress. Hemm…. maybe by blogwalking at my friends blog ‘Booku feat Ori’ . Trust me dude, you were never regret.

Oklah, today I nak ceritakan satu pengalaman yang sangat-sangat buruk and for God sake, I memang tak mahu nak ingat lagi pengalaman yang berlaku last year nie but I tak boleh sbb I macam dah trauma dah. Bila teringat semula tentang perkara yang berlaku tue, I mula akan rasa unsafe even I when I was in my home. I believe bukan semua orang yang pernah mengalami pengalaman yang I lalui nie but if you juga pernah lalui apa yang I lalui….tentu you tahu apa rasanya kan.





Apa yang I nak shared dengan you all ialah tragedi di mana I dengan sorang lagi kawan I yang hampir-hampir menjadi mangsa samun. F.Y.I itulah kali pertama dalam hidup I mengalami pengalaman yang cemas macam tue and memang I dah tak mahu lagi untuk mengalaminya. Rasa sangat seram sejuk. Tak boleh nak cakap macam mana rasa takut dan trauma dia. Ceritanya macam nie…..

Memang setiap bulan I akan ke bank. Biasanya I akan ke sana untuk cash kan duit. Dah kalau cash kan duit kilang, mestilah banyak yang nak pakai dalam sebulan tue kan. Waktu kejadian tue berlaku, I nak cashkan RM 80,000.00. Pada kebiasaannyer memang tak de apa-apa yang berlaku, so memang kitaorang tak expect apa-apa pun so kami berdua pun pergi ke bank macam biasa hari tue. Kalau ikut schedule, kami kena pergi ke-2 buah bank, RHB dan citiBank. Amount dekat RHB tak lah sebanyak amount dekat citiBank and memandangkan RHB bank paling dekat dengan kami punyer kilang, so kami decide untuk pergi ke RHB dulu.

Waktu tu, kami cash kan duit dalam RM 10,000.00. Lepas selesai urusan di bank, kami terus jer pulang ke office. Waktu dalam perjalanan tue, I dengan kawan I just berbual macam biasa sbb memang kami tak duga apa-apa pun kan. Bila kereta kami dah nak masuk ke simpang kilang kami, ada satu kereta Toyota Vios di hadapan kami.kereta tue menuju kea rah berwanan dengan kami dan memandangkan jalan tue kecil, so kami ke tepi dahulu untuk memberi laluan kepada kereta tue.

Lepas kereta tue berlalu, kami pun terus jer menuju ke kilang and kami tak langsung tak menyangka kereta yang berada di hadapan kami tadi berpatah balik. Waktu itu, kereta yang kami naiki dah berada betul-betul di hadapan pintu pagar kilang kami and just nak tunggu auto-gates tue terbuka sahaja. Waktu saat-saat pintu gate tue nak terbuka tulah tiba-tiba jer kami berdua terdengar bunyi ketukan yang kuat pada cermin tingkap bahagian pemandu (I duduk di sebelah sambil pegang beg yang berisi duit). Thum!!..... memang kuat sangat bunyinya . I terkejut sangat then spontan I tanya pada  kawan I yang memandu “kenapa tue?” sambil terus memandang ke tingkapnyer.

Waktu tue I nampak ada orang memakai halmet sambil memegang hammer. Tak sempat I nak tengok lama sikit, hammer yang dia pegang tue dihayunkan sekali lagi dan kali nie, kami terdengar bunyi macam bunyi meletup dan kaca tingkap kereta tue terus jer berkecai dan terkena di muka dan badan kami berdua. Dalam keadaan yang genting tue, mujur auto-gate tue dah pun terbuka dan kawan I tue pun terus jer tekan minyak dan masuk ke dalam kilang. Bila kereta kami tue dah pecah, orang ramai yang berada di sekeliling pun terus jer lah tgk apa yang berlaku.

Sedar yang usaha mereka sia2, perompak tue pun terus jer blah. Mujur kami berdua selamat. Kami berdua yang berada di dalam kereta tergamam dan kaku seketika. I tak boleh nak berfikir apa2 sbb panik dengan muka dan tangan I berdarah terkena serpihan kaca. Yang mampu I buat cuma beristighfar banyak-banyak. Lama kami berdua berada di dalam kereta sebelum keluar. Itu pun sbb ada kawan yang bukakan pintu kereta, barulah kami berdua keluar.

Automatic tangan I terus jer menggigil. Memang I takut sangat waktu tue and bila I dengar cerita orang yang nampak kejadian tue dari luar kereta, I rasa macam nak pengsan. Sorang kawan I yang nampak kejadian tue cakap ada 2 orang keluar dari kereta, sorang pegang hammer besar untuk pecahkan cermin pemandu manakala sorang lagi memegang parang panjang pergi ke tingkap I tapi I langsung tak perasan sbb I pandang side pemandu. Bila I tahu yang side I tue ada orang pegang parang panjang…..tak boleh nak imagine perasaan takut tue.

Lama I termenung untuk tenangkan fikiran (lepas pulang dari balai polis untuk buat report). Bila I ingat semula detik-detik kejadian tue, I sedar hanya beberapa saat sahaja yang memisahkan antara kami selamat atau tak. Just sbb pak guard tue tak tidur on that time (biasanya pak guard tidur, kena hon dulu, baru dia sedar dan bukak gate) and terus tekan button auto-gate tue, kami selamat. Bila fikir balik, mungkin tuhan dah kata that time is not my time. So walau macam mana pun, I still save. So thank God…..betul kata orang, ‘kalau dah tertulis belum sampai waktu kita….memang tak kan jadi apa-apa’ 








P/S:- Kisah I nie betul2 berlaku. I bukan nyer reka2 cerita. Kalau you' all nak kan kepastian, boleh tanya pada Mr. J (Blog Noty). Dia pun tahu kisah nie.   

Tuesday 13 March 2012

Suatu Petang Di Pasar Malam.

Salam ceria semua. Kepada semua rakan-rakan yang sudi baca and support blog I nie, I nak ucapkan ‘terima kasih’. Well….today I nak post lagi satu entry and for today, I want to talk about the thing that I believe all Malaysian knows about it. Pasar Malam. Tak kisah lah pasar malam di tempat korang tu kecik or maybe yang terpanjang di Malaysia macam dekat dengan tempat I nie (Pasar Malam Setia Alam) as long as Pasar Malam kan.



Best ke pergi ke pasar malam nie? murah ke barang dia? hah….yang tue you all kenalah ‘tepuk dada….seluk poket’ kay. Ok, kalau you all tanya I, I boleh cakap yang biasanya I seronok bila pergi ke pasar malam cuma kadang-kadang tue, rasa menyesal pulak bila dah balik ke rumah. Tapi nak buat cam ner kan, benda kita dah beli pun. Kalau you’ all nak tahu kenapa I cakap cam tue, well here is the senario that sometime happened to me when I go to Pasar Malam.



Kes 1.
I pergi dengan kawan I untuk membeli ikan. Orang kata biasanya ikan yang dijual kat Pasar Malam nie murah sikit. Oleh sebab hari macam nak hujan, so we decide untuk pergi secepat yang mungkin lah. Tanpa fikir panjang…. I terus jer pick satu kedai and beli ikan Kerisi, 1 pinggan 5 ringgit. Peniaga tue sikit punya baik siap tapau lebih2 lagi. So we all pun rasa happy lah. Bila sampai kat rumah….hergh….dah nak buruk rupanya ikan tue. Celaka betul!

Kes 2.
I dengan kawan I pergi ke Pasar Malam. Then kawan I tue punyerlah banyak giler beli barang. Dekat satu gerai tue, dia beli sayur, ikan, ayam and macam-macam lagi…sampai I kena tolong dia bawakan sikit barang dia but last2 bila dah sampai ke rumah, rupa-rupanya ayam(2 ekor) yang dia beli tertinggal. Bila kami patah balik and tanya pada perniaga tue, senang jer dia cakap yang dia tak tahu…. Kesian……

Kes 3.
Masa tue kami nak tapau lauk(malas nak masak) then pergilah ke satu gerai tue. Punyalah banyak giler lauk yang dijual….sampai berpinar bijik mata we all. I teringin nak makan rendang daging, so I pun tapaulah satu bekas. Last-last satu bekas rendang daging(satu bekas kecik) tue harganya RM 8.00. giler mahal…nyesal giler lah beli. Rasa cam nak makan dengan bekasnyer sekali!!!

Kes 4.
Pada satu petang tue, I dan kawan I pergilah ke Pasar Malam. Hajat kami nak beli ‘sup perut’ sebab dekat Pasar Malam tue ada satu gerai yang menjual ‘sup perut’ yang sangat sedap. Sampai kat gerai tue, orang tgh ramai, tapi tak ramai sangatlah. Then, kami pun pergilah ke gerai tu. Kami betul-betul berada di depan perniaga tue and perniaga tue dah pandang dah kami. Oleh sbb dia tgh sibuk packing, kami pun malas lah nak order lagi, then tiba-tiba jer ada minah indon di belakang kami sibuk nak order. Lepas tue, abang gerai tue pun terus jer siapkan sup untuk indon tue. Hantu betul…kitaorang pun terus lah blah.



Itulah di antara peristiwa yang pernah I lalui ketika berada di Pasar Malam. Kalau nak ikut, memang banyak lagi. Pernah I hilang wallet, kena marah dgn peniaga sbb tak nak beli barang dia and a lot more. So what’s your story.
������

Sunday 11 March 2012

Si Tukang Besi Dan seekor Kuda.

Assalamualaikum dan apa khabar semua. I harap yang korang semua sentiasa sihat selalu hendaknya. Hari nie I menulis lagi. Menulis untuk yang ke-sekian kalinya. Dan seperti mana I tak jemu menulis, I really hope that all of you also didn’t boring to read because I’m trying from time to time to improve my blog and also try to make a variation for each of my entry. Believe me dude! I’m trying my best right now.

Ok….for today, my entry is ‘Si Tukang Besi Dan Seekor Kuda’. Hemm….pelik ke tajuk dia? Toksah nak pening-pening kepala sebab I akan cuba untuk sampaikan dengan cara yang paling mudah to all of you. Hari nie I bukannya nak bercerita pasal tukang besi or kuda but both of it just a metaphor….

                            (kesian dia, jadi mangsa untuk disalahkan)

Baru-baru nie (dalam dua minggu lepas) one of my colleague takes a leave for two days. Normally he will tell us when he takes a leave but for that day, he didn’t. Then, bila dia masuk bekerja semula, barulah dia beritahu kepada kami semua yang dia ambil cuti kerana pergi ke sekolah anaknya. Anaknya tue sudah pun berada di sekolah menengah dan tinggal di asrama. Katanya….dia ke sana sebab dipanggil oleh pengetua sekolah kerana anaknya berserta dengan 2-3 orang yang lain kantoi hisap rokok. Bila dia sampai ke sekolah anaknyer tue, ada lah ibu-bapa yang lain turut serta.

Bila dia dapat tahu yang anaknyer tue dah pandai hisap rokok, dia terus jer hot tamper and start blaming to someone. Cerita dia…..
“panas betul hati aku hari tue….kalau ikut hati aku, nak jer aku lempang semua budak-budak tue. Dulu anak aku tak macam tue, nie mesti berkawan dengan budak-budak nakal…tue yang jadi macam tue. Warden pun satu hal, makan gaji buta jer….patutnyer diaorang pantau lah budak-budak tue, jangan kasi diaorang berkawan dengan orang yang bukan-bukan. Ingatkan bila hantar ke asrama makin jadi elok….rupanya lagi bertambah teruk!”

Bila dia cakap macam tue, you’ all nak tahu I jawab apa? Ini jawapan I….
“kalau aku jadi kawan anak kau tue dan andai kata lah kau lempang kami semua….aku lempang engkau balik!” wajah kawan I tue macam tersentak bila I jawab macam tu pada dia. You’ all nak tahu kenapa I cakap macam tue….

“…jika kita berkawan dengan si tukang besi, maka kita akan terkena percikan apinya…”. Mungkin pepatah inilah yang kawan I pegang. Pada dia….anaknya tue seorang yang sangat baik dan keadaan sekeliling yang mempengaruhi anaknya tue menjadi demikian. Senang jer kan kalau kita nak salahkan orang lain. I akui memang dalam kehidupan kita, sesuatu keadaan tue boleh mempengaruhi kita but I tak agree kalau kita 100% put a blame on it. I berpegang pada pepatah “you can bring a horse into the river but you never can force it to drink the water” For me it’s very simple….what ever it is, ultimately is based on us. We were make a decision for our own. None can force us.



Daripada dia blame kawan-kawan nakal(kononnyer) anaknyer tue, kenapa dia tak blame anak dia sebab ikut sekali menghisap rokok? Kalau anak dia baik, kenapa dia berkawan dengan orang yang macam tue? Macam I cakap tadi, nak menyalahkan orang lain(bertujuan untuk menutup kesalahan sendiri) memang mudah. Tak kan anak dia tak boleh fikir….kalau dah tahu yang merokok di sekolah tue salah, kenapa buat jugak? Nak kata sebab kawan-kawan ajak try….kalau ada kawan yang ajak pergi ke surau untuk mengaji…you ikut ke??? Jelas….sebenarnya diri kita sendiri yang membenarkan orang lain mempengaruhi kita, betul tak? Kalau dia tak nak hisap rokok, walau macam mana sekalipun diajak, jawapannya tetap sama kan!

Waktu I study kat Pahang dulu, for last three semester, I admit yang I punya attitude memang sangat teruk. I means my lifestyle on that time is more open. Dah macam anak orang putih dah. Dengan rambut I yang blonde….always wearing a short pants with a tattoo(temporary) on my arm and calf. Memang agak teruk jugak lah cara I berpakaian on that time (tapi cara berpakaian jer…benda lain I tak sentuh!)For me it was stylish lah konon. Sampaikan ada dua-tiga lecturer panggil kawan-kawan I dan suruh mereka jangan berkawan dengan I atas alasan I nie membawa “pengaruh tak sihat”. Bila kawan I tue bagitau pada I, I tak kecil hati pun dan I cakap “it’s up to you….”

Mereka still berkawan dengan I because they know, how far I’m influencing them, at the end it’s up to them to getting influenced or not and Alhamdulillah, tak sorang pun yang terkesan dengan penampilan I and beside, I pulak yang terpengaruh(membenarkan diri untuk dipengaruhi) dengan mereka untuk menjadi lebih positive. So stop blaming the ‘Tukang Besi’ and try to be likes ‘Kuda’. For me…..perkara yang baik dan yang tak baik di dalam kehidupan kita nie boleh lah diibaratkan macam barangan yang terdapat dalam supermarket. Complete…semua ada and it’s display to us. So…it’s up to us to pick it or not. Kalau kita nak, kita ambik and kalau tak nak….kita terus jer jalan….kan.             

Thursday 8 March 2012

ALIP…LAM…LAM…KHA…

Sekarang nie waktu malam. I baru jer balik dari office. Daripada petang tadi hujan dah mula turun renyai-renyai. Sampai jer ke rumah, I terus jer pergi mandi….selesai mandi, I bancuh secawan coklat panas with oat and terus mengadap PC. Maybe that’s way lah mata I nie rabun coz asyik mengadap PC jer dari office sampailah ke rumah. Kalau you’ all nak tahu, fikiran I nie cepat sangat melayang jauh bila hujan. Tak tahu kenapa. Dulu I pernah tulis satu entry ‘bila hujan’ and sekarang nie bila hari hujan…..I teringat lagi sekali nostalgia I pada zaman kanak-kanak I.

                  (kita semua sangat naif dan suci hati pada waktu dulu)

I ingat lagi waktu I budak-budak dulu, bila I and kawan satu kampung bermain konda-kondi ke, rounders ke, polis santri ke…..bila kami rasa one of us try to cheating (orang kampung cakap main che-nge-lat) then terus jer kami pergi kepada orang tue and said :-
“hah…aku nampak kau main tipu, tak aci…mana aci!”. If they try to deny then dia akan cakap pulak :-
“ah….mana ada! Aku tak tipu lah” and untuk mendapatkan kebenarannya, biasanya kami akan cakap kepada orang tue ;-
“Alip…Lam....Lam….kha…. , siapa tipu dia berdosa….masuk api neraka….” sambil tangan ditunjukkan ke arahnya. Then andai katalah dia dia tue memang menipu, automatically dia akan tersenyum malu dan mengaku kerana takutkan kata-kata dari kami tadi. So simple, bila dia dah settle, kami semua akan sambung balik permainan kami.

Bila I ingat kembali zaman kanak-kanak, I tersenyum sendirian memikirkan how naïve and pure our heart on that time. Perkataan Alip…Lam…Lam…Kha tue actually referring to ALLAH and that’s is the best way to make people to tell us the truth. Tak kisah lah untuk apa keadaan sekali pun, I really work. Pada kami semua, perkataan tue is likes a curve and because we all terlalu takut dengan musibah yang tiba, kami mesti tak jadi nak menipu punya.



But now?....... Waktu kita semua kanak-kanak….kita masih belum mampu untuk berfikir tentang kehidupan. Apa yang ada dalam hati dan fikiran kita adalah sama dengan apa yang mampu mata kita melihat and of course what we see on that time is too less, so that’s way we are to transparent on that time. When we getting older, our life is changes a lot. Dek terlalu banyak sangat perkara yang perlu diambil kira, sometime kita semua akan hilang pertimbangan.

Kalau dulu…..waktu kita semua kanak-kanak, apa yang kita cakapkan, maka itulah yang kita maksudkan but now it’s no longer likes that. Bila kita dah dewasa nie, kadang-kadang mulut kita cakap memaafkan tapi hati kita masih menaruh dendam. Mulut kita senang sahaja untuk berkata sesuatu yang tidak jujur dan dengan tanpa rasa bersalah, kita tetap melakukannya.         

Agak-agaknya kenapa nyer? Kenapa makin kita dewasa….makin kita lupakan semua nie? makin kita dewasa….. hati kita tidak setulus dahulu? Kalau korang ada masa, cubalah korang renungkan semula semua ini, then we were know who we are now….

Wednesday 7 March 2012

Good-bye and Good Luck……

“Bertemu dan berpisah adat manusia biasa…..”
“Hilang di mata tapi di hati tidak lupa……”

Biasa tak korang dengar bait-bait lagu tue? Actually lagu yang sangat ringkas ini biasanya dinyanyikan di waktu-waktu kita nak berpisah dengan seseorang. Sangat simple but have a huge meaning. Silap hari bulan memang mampu membuatkan kita mengalirkan air mata.Well….lagu ini jugalah yang ingin I tujukan kepada dua orang kawan office I yang kini telah pun pergi meninggalkan I. Masing-masing ada life yang tersendiri, so they have to flow with it. Miss Emma and Mr J(Blog Noty). Miss Emma akan bertukar title kepada ‘Suri Rumah Sepenuh Masa’ manakala Mr. J pulak ada impian dia yang harus dia kecapi.



Sedih…..memang lah sedih tapi apa boleh buat, setiap kali ada pertemuan….pasti akan ada perpisahan. Kita orang semua dah kenal lama dah, so for sure semua orang pasti akan merasa kehilangan. Memang adat dalam kehidupan kita nie kan. So, last weak kami semua satu office ada lah buat celebration sikit untuk dua orang kawan I nie. InsyaAllah kalau panjang umur….kita boleh berjumpa lagi.

So to both of you (Miss Emma & Mr. J) I nak wish semoga korang berdua sukses selalu, pergilah ke mana sekalipun asalkan korang tak lupa ‘di mana bumi yang dipijak…maka di situlah langit nya dijunjung’ and if god willing, maybe we will meet again. Mana tahu nanti I jemput korang semua ke majlis kahwin I ke kan. He…he…he…. oklah, no nangis-nangis kay!!! Walaupun kita dah tak tak berjumpa tak bermaksud we loss contact kan, so… all the best bro and sis, may Allah bless you always….

Good-bye and good luck!!!
  

Monday 5 March 2012

Sajer Jer…….

Hello semua, how are you today? For sure semuanya ceria sentiasa. Hemm….sedar tak sedar, sekarang nie kita semua dah pun berada di bulan March. Sekejap jer kan masa nie berlalu meninggalkan kita. Jadi kepada you’ all, cepat-cepatlah kejar apa yang masih belum kita dapat. Takut nanti tak sempat!



Ok, for today….. I have a lot of time to spend so I think I want to post my new entry. Today’s entry is quite special because it is a sequel from my previous one. You all ingat lagi tak tentang sorang kawan I yang I pernah ceritakan sebagai seorang yang hypocrite (dalam entry Please…..Takes off your mask!!!, kalau belum baca, sila baca dulu, TQ). Dulu I pernah cakap kan yang I memang dah tak tahan dengan sikap dia.

So…. Sekarang nie I nak ceritakan apa tindakan yang I ambil terhadap dia sekarang nie. For your info, because I can’t stand anymore with her attitude, so I lebih bersikap protest kepada dia. For first time, kawan-kawan I yang lain tak perasan sangat but lama-kelamaan mereka semua mula merasa hairan dengan sikap I . Boleh dikatakan hampir setiap kali kami berbual, I mesti hentam dia. I means I akan bidas balik kata-kata dia. Memang contra habislah. Pernah satu kali tue, sampai Ms H (I referring her as a Ms H) nie terdiam bila I sound dia.

                                          (bila dah lama2, kita akan jadi suka cari pasal)


Memang I rasa puas hati sangat bila tengok dia macam tue. At least now she know that I hate her. Lama-kelamaan sikap I yang sangat-sangat suka protest dia nie makin menjadi-jadi sampaikan dia pun dah kurang bercakap dengan I. Mungkin dia dah rasa tak selesa or maybe dia terasa hati dengan I, I don’t know and I don’t care. As long as I don’t pretend to her, if I don’t likes her then I were show it.

Sampailah satu hari tue bila I and kawan-kawan I yang lain keluar bersama-sama untuk bershoping. One of my friend, Ms Aida pun tanya lah kepada I :-
Ms. Aida : Akak nampak kau dengan dia (Ms H) sekarang nie dah macam api dengan air, memang belaga betullah! Kenapa?
I : Kan aku dah cakap yang aku tak suka dia. Memang aku menyampah sangat dengan perangai dia, tak nampak ker perempuan tue pandai berlakon!
Ms. Aida : Ishh….kau nie, dia tue kan kawan kita satu office, kalau kau tak suka pun….kau tak boleh buat cam tue.
I : Dulu…..aku boleh tahan lagi, tapi sekarang, dengar suara dia pun tak boleh, sebab tue bila dia cakap dengan aku, kalau aku dapat point, mesti kene punya dia!
Ms. Aida : Tadi sebelum kita keluar, waktu akak ajak dia sekali, yang kau cakap kuat-kuat tak payah ajak dia tue kenapa? Kecik hati dia tau!
I : Memang! Memang aku sajer jer buat cam tue. Memang aku nak dia tahu yang aku tak suka dia.
Ms Aida : Hah….. tulah pasal. Sekarang nie kau dengar cakap akak nie, cuba dengar sikit cakap orang tua nie! kau tak boleh selalu sangat bangkang dia macam tue. Walaupun kau tak suka pada dia, bila kau selalu sangat buat cam tue, nanti lama-lama kau akan sentiasa nak bangkang dia. Kau akan jadi macam budak2. Kau suka ker orang kata kau tak matang?

I terdiam bila dia cakap macam tue. Yelah….boleh dikatakan yang Ms Aida nie ‘tentera bersekutu’ lah dengan I. Memang we all quite close but when she said likes that, I thought that she betray me. Then bila I fikir balik lama-lama, barulah I faham maksud dia. yeah….memang betul apa yang dia cakapkan pada I.

Ada di antara kita yang akan bersikap sebegini and ternyata I’m one of them. Bila kita dah tak suka pada seseorang tue, then kita terus jer set dalam kepala kitaaku tak suka kau then walau macam mana sekalipun, walau apa pun yang dia lakukan, kita tetap tak suka pada dia. Actually, sikap macam nie lah yang membuatkan kita menjadi tak relevan. Bila ingat balik….. bukan semua apa yang dicakapkan oleh Ms H tue tak betul, tapi sebab I dah tak suka, so I just bidas jer….sajer jer…..nak cari pasal supaya dia sakit hati!

Hemm….. thank you Ms Aida sebab you dah sedarkan I. So now it is my responsibility to share with the public and hope the public get something from this entry. So…. I nak nasihatkan pada you all supaya jangan bersikap macam I nie. It is not good. Memang you akan kelihatan seperti keanak-anakan when you act likes this. You want to know why?

Bila you tak suka pada seseorang tue, please be more profesional. Don’t prejudge them. Macam kes I nie, for first time, my intention is to make she notice that I didn’t like her attitude but after o long time, it became a personel issue. I macam dah ada ‘dendam peribadi’ pulak dengan dia. sampaikan apa-apa pun yang dia cakap…. I mesti tak agree dengan dia. Walhal sometime apa yang dia (Ms H) cakap tue ada jugak betulnya.

Itulah bukti yang kita nie semua manusia kan. Kita memang tak kan mampu untuk menjadi sempurna. So….after this, I try to be more profesional. Kalau I betul-betul tak agree dengan dia, hemm… I think I should said it appropriately. Kalau dia bercakap dengan orang lain and even memang sakit jer telinga nie mendengar….baik I diam jer lah, tak payahlah nak menyampuk. Betul tak?

Saturday 3 March 2012

IT JUST AN EXCUSE……

Hai semua….. apa khabar? I harap semua kawan-kawan I sihat sahaja hendaknya. Jangan terlebih sihat macam I nie sudahlah. Ok….before I start with my new entry for today, I nak ambil kesempatan dahulu untuk ucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada semua rakan-rakan I yang sudi membaca blog I nie. Kepada kawan-kawan baru (blogger)  I yang lain macam Zwan Sabri, cik Bomboo, Bayam, Booku Ori, Arjunakirana dan ramaiii….. lagi. I nak ucapkan jutaan terima kasih sebab sudi join blog I nie. Bila I follow blog you’ all, I rasa kerdil sangat because your blog is so amazing. Memang I kena banyak belajar dari you’ all semua.

Ok….enough on it, let’s go to our topic. For today, I want to ask you something…..biasa tak you’ all dengar atau lihat bila seseorang tue buat salah ke @ maybe perangai dia agak ‘menjengkelkan’…. Then bila ditanya kenapa dia jadi macam tue, dia akan menceritakan yang dia jadi macam tue because of this…because of that. I mean, they tell you story why…..For example lah kan, kalau you dapat tangkap seorang pencuri, then bila you tanya dia “kenapa you mencuri….?” Then maybe dia akan menjawab yang dia mencuri nie because keluarga dia susah ke, mak dia sakit ke, or apa-apa je lah cerita yang menyayat hati supaya orang rasa kesian. I’m sure ramai di antara kita yang pernah mengalami situasi begini kan.



Ok, sebenarnya hari ini I nak bercerita tentang orang yang suka memberikan alasan or create a story just because they want to hiding the true. In real life, of course bukan semua orang mereka-reka cerita. Kadang-kadang memang ada orang yang mencuri sebab tertekan dengan kemiskinan hidup, tapi ada certain-certain people yang memang sengaja create a story. Dulu, ada sorang pekerja dekat office I (dah berenti dah sekarang nie). Dia nie perempuan tapi senang cakap macam tomboy lah. Masa first dia masuk, oklah but after a few month, orang ramai mula bercerita pasal dia. Ada dua-tiga orang operator perempuan yang mengadu pada HR dept tentang perangai dia yang suka mengganggu perempuan lain mengalahkan orang lelaki. Ada yang kata dia nie suka meraba-raba lah. Senang cakap dia nie Lesbian lah.

                                          (just gambar hiasan)

Nak dijadikan cerita, entah apa angau minah Lesbian nie sampai dia try nak tackle sorang clerk and clerk nie pulak kawan I. So kawan I nie pun ada lah bercerita sikit pasal si tomboy tu pada I. Cerita kawan I nie, tomboy tue pernah ajak dia keluar tengok wayang and because kawan I nie anggap dia kawan, so dia pun say ok lah. Waktu diaorang keluar tue, si tomboy tue pun tanpa segan silu cakap yang dia syok dekat kawan I and of course lah kawan I nie seram sejuk. Borak punyer borak, kawan I tue pun tanyalah dia kenapa dia jadi macam tue. Then si tomboy tue jawab yang dia jadi lesbian sebab dia pernah dikecewakan oleh lelaki sampai dia langsung tak percaya pada lelaki. So, dia lebih senang berkawan dengan kaum sejenis. KATANYA…..

Bila I dengar….. I rasa macam tak logik. Oklah…. If we discuss it on Islamic perspective, of course tak boleh kan, so let look in general perspective. For me, person like this just try to create a story…. I means it just an excuse so that the public were felt pity with her and at the end, we were accepted her as what she is. I think maybe with the great story likes that, my friend were said “ oh…rupa-rupanya dia jadi macam nie sebab tue…bukannya salah dia”. Mungkin itu cara terbaik yang dia fikir untuk dia diterima .

Ya….seperti yang I katakan tadi mungkin apa yang diceritakan olehnya itu memang benar-benar berlaku but “rasa kecewa dan serik bersama lelaki” dan “bernafsu dengan kaum sejenis” adalah 2 perkara yang sangat2 berbeza. Tak bermaksud bila you serik untuk bersama lelaki, you boleh tertarik dengan perempuan. Betul tak? Kalau macam tue, bagaimana pula dengan mak-mak janda? Diaorang juga pernah dikecewakan tapi tak pulak nak menyimpang. I bukannya nak mempersoalkan sex orientation seseorang tue, I don’t mind if you were straight, homo or bi because that is your life but the way you represent yourself is  not honest.

You’ all tahu kan kita nie tinggal di Malaysia and because agama rasmi kita ialah Islam, of course benda nie semua tak boleh but if you really stick with your pendirian, FINE….you made your own choice! Tapi tak perlulah you nak cover line or create a story to made people fell pity. Tak rasa ke macam seorang yang penakut?  You baling batu then you sembunyi tangan.You try to influence the public decision and interpretation about you. Maybe kalau dia terus cakap yang dia nie memang seorang Lesbian, then orang ramai akan hina dia but if she create a story like this, orang boleh menerima dia.

Hemm…..so how? For me is so simple, you are what you are. If you choose to live this way, then you have to face the consequences. Kalau orang hina you or tak boleh terima you, you kena terima kenyataan itu because itu adalah hak mereka. Kalau mereka boleh terima you, then it’s ok. Senang cakap, berani buat….berani tanggung maa. Tak perlu lah you nak create a story, it just an excuse only.