Pages

FOLLOWERS

Wednesday 9 May 2012

LIHAT JAUH NUN DI SANA…….


♪♫♪ Lihat jauh nun di sana….. tekun petani kerja ♪♫♪
Buah padi masak kuning…. Isteri kerja sama
Potong-memotong… membanting padinya
Bercerai lah tangkai jerami…..
Dulu padi ditumbuk dan ditampi
♪♫♪Kini mesin jadi…. penganti♪♫♪



Hemm…. Pernah tak korang dengar lagu nie? I tak pasti budak zaman sekarang tahu lagu nie but for those who in my ages, I’m sure korang pernah dengar lagu nie or maybe korang pernah menyanyikannya di kelas muzik waktu sekolah rendah dulu. Kalau korang dah lupa….. it’s ok, lagipun umur kita nie….makin lama makin meningkat kan.

So….kenapa pulak tiba-tiba jer I nak tulis pasal entri nie?. hemm….biasanya bila hari hujan jer…. I akan terkenang semula nostalgia lama kan. Well, memang sekarang nie tengah hujan pun di Klang and because I have a cup of hot coffee in my hand, I think this is the best moment for me to flashback all the sweetness memory that I have in the past.

Actually….bila I ingat balik lagu nie and bila I menyanyikan semula lagu pada zaman kanak-kanak I nie, I rasa sayu sangat. Tak tahu kenapa! Bukan sebab I rasa yang I nie terlalu tua or nak merasa muda semula but the lyric itself gives a huge meaning to me. For me, this song tell us about all of the happiest thing in life. Keseluruhannya berkisar tentang kegembiraan, keseronokan menikmati kehidupan tanpa sebarang elemen-elemen yang negatif. Memang sangat indah hidup ini kan.

Tapi….hakikatnya….. hidup nie tak seindah mimpi. Kita mahukan semua perkara yang baik datang kepada kita, tapi ada kalanya ia akan datang bersama yang buruk. Kita cuba untuk menolak semua masalah hidup, tetapi….tanpa kita sedar….kekadang kita sendiri yang menariknya kembali. So…. What should we do?

Cuba fahami lirik lagu tue baik-baik….ia cuma mengisahkan kehidupan seorang petani dari sudut yang menyeronokkan. Tapi….kalau kita relate kan dalam reality kehidupan kita sekarang nie…betul ke? Hidup kita nie ibarat duit syiling yang ada dua muka…. Kalau kita pandang depan…maka kita tak nampak yang belakang dan begitu jugalah sebaliknya.

Hidup kita ini sebenarnya adalah sesuatu yang sangat misteri. Kita boleh mencuba untuk mencari jawapan kepada setiap persoalan yang datang kepada kita tetapi jangan sesekali kita cuba untuk menguasai kehidupan kita ini. Kelak, kita juga yang merana dek kehidupan kita yang tidak seperti yang kita harapkan. Selagi masih ada waktu, cuba kita nikmatinya sebaik yang mungkin kerana hidup di dunia ini cuma sekali kan.     

No comments:

Post a Comment