Pages

FOLLOWERS

Wednesday 16 May 2012

DARI TANGAN-TANGAN INI…….




Assalamualaikum and how are you guys….. hope korang semua sihat-sihat selalu kay. Hemm….today I’m so tired. Starting in the morning I’m not in the office. Sibuk nak ke bank lah, jumpa client and go to custom. But it’s ok, even bila dah petang baru jer I masuk semula ke office… I don’t mind, as long as I still have a time to write my new post just to all my readers.

Ok…. For today, my topic actually ada jugak kena-mengena dengan apa yang I tulis di atas tadi. Tajuknya ‘Dari Tangan-Tangan Ini’….. hemm, agak-agak korang I nak cerita pasal apa pulak kali nie. well…. For this entry, I nak bercerita tentang kehidupan kita semua. Dengan tangan kita ini, apa yang kita semua lakukan dan apa yang kita semua boleh lakukan.

Ada orang…. ‘dari tangan-tangan ini’, dia gunakan untuk mencangkul tanah demi untuk sesuap nasi. Memang perit untuk membanting tulang setiap hari demi kelangsungan hidup….tapi jika hanya ‘dari tangan-tangan ini’ yang kita ada….. ada baiknya kalau kita bersyukur kepada tuhan. At least, kita masih ada sesuatu.

Macam I….. ‘dari tangan-tangan ini’ I gunakan setiap hari untuk menekan kalkulator dan keyboard computer untuk menyiapkan kerja-kerja account. Ini jalan yang I pilih dan I bahagia dengannya. I bersyukur kerana setidak-tidaknya I tak perlu menggunakan tangan-tangan I ini untuk membuat kerja-kerja yang sangat berat demi sesuap nasi. Kalau nak dibandingkan hidup I dengan pekerja buruh kasar, memang hidup I lebih baik dari mereka.

Tapi….. tak kisah lah walau apa pun pekerjaan yang kita semua lakukan, yang paling penting, ‘dari tangan-tangan ini’ kita lakukan sesuatu dan alangkah baiknya jika ‘dari tangan-tangan ini’ kita boleh melakukan perkara yang baik kepada diri kita dan juga kepada orang di sekeliling kita. Walaupun, realiti hidup ini, kadang-kadang, ‘dari tangan-tangan ini’, kita juga lakukan sesuatu yang buruk.

I ambik satu contoh….. cuba kita lihat pada seorang ‘Pengutip Sampah’. Mungkin ada yang memandang jijik pekerjaan mereka. Mungkin ada ibu bapa yang berkata kepada anak mereka yang malas belajar “kalau kau malas nak belajar, esok…bila kau dah besar, kau kerja lah kutip sampah!”. Itu…. Pada pandangan mata yang memerhati. Cuba kita letakkan diri kita di pihak mereka (walaupun I tahu memang bukan mudah kita nak imagine kan ia), mungkin dengan pelajaran yang tak seberapa, berasal dari keluarga yang daif, apa lagi yang boleh mereka lakukan?

Kalau ada orang yang memandang hina orang seperti ini, cuba kita fikir sejenak…. ‘dari tangan-tangan ini’ lah yang membantu kita saban hari. Kalau nak harapkan orang yang pakai kot dan tali leher atau ‘tangan-tangan’ mak-mak datin yang bersusun gelang emasnya…. Alamatnya bertimbun lah sampah-sarap. Sama jugak dengan orang yang bekerja di loji kumbahan tue, kalau tak ada mereka nie semua, macam mana?. Nak ke kita buat semua kerja tue? ‘dari tangan-tangan ini’ lah yang membantu kita semua untuk mengecapi hidup yang selesa.

Pada I, tangan-tangan orang seperti ini sangat mulia jika nak dibandingkan dengan ‘tangan-tangan’ yang hanya tahu menyusahkan orang lain untuk kesenangan hidup mereka. Tangan Si Pengutip Sampah lebih harum dari Si Peragut. Tangan Si Tukang Cuci Tandas lebih bersih dari tangan Si Pencuri dan tangan Si Penggali Kubur amat besar jasanya jika dibandingkan dengan ‘tangan-tangan’ si kaya yang hanya pandai mengangkat tangannya untuk menunjuk dan mengherdik orang lain.

Ada orang….. ‘dari tangan-tangan ini’ mereka gunakan untuk mencari rezeki yang halal dan ada juga di antara kita yang tidak. Seorang guru…. Dengan tangan yang memegang sebatang kapur tulis…. Mereka curahkan ilmu kepada kita. Seorang pelacur…. Mungkin ‘dari tangan-tangan ini’ mereka gunakan untuk melambai-lambai ke arah lelaki jongos yang tersedia dengan ‘keinginan’ yang tinggi dan sedikit duit hasil dari ‘tangan’ mereka yang penat bekerja membancuh simen @ menghantar surat di sebelah siangnya.

So….. ‘dari tangan-tangan ini’, apa yang kita lakukan???     

No comments:

Post a Comment