Pages

FOLLOWERS

Friday 27 April 2012

IT’S JUST A RUMOR.




Hi kawan-kawan, apa khabar semua…. I harap you all sihat sahaja hendaknya. I macam biasa, sihat sahaja…. cuma kaki I nie jer yang sakit sikit. Tapi tak lah teruk sangat, still boleh jalan lagi and I pun selalu jugak urut kaki nie. Insyaallah…. Nanti baiklah tue.

Ok….. for today I have one topic to that I think it should been discuss with my entire friend. Hari nie I nak bercerita lagi tentang perihal manusia (I’m expert on it). Kali nie I nak bercerita tentang sikap segelintir daripada kita especially orang perempuan yang mudah sangat percaya dengan khabar-khabar angin nie. kadang-kadang rumors yang mereka dengar tue boleh diklasifikasikan sebagai ‘langsung tak masuk akal’ but they still want to believe on it.

Kadang-kadang I hairan and tertanya-tanya kenapa mereka mudah sangat nak percaya pada semua gosip macam tue. Dah lah mereka terima, then ada pulak yang mula menyampaikan kepada orang lain. Bila sesuatu cerita itu berpindah dari mulut yang pertama kepada yang ke-seratus, mesti dah penuh dengan ‘kesan khas @ CGI’ yang pasti menjadikan sesuatu cerita itu lebih sensasi lagi. Wow…..

Semalam, kecoh satu kilang I…..konon-kononnya kilang kami nie akan ditutup. I tak tahu dari mana operator-operator dapat berita nie, tapi mereka memang betul-betul mempercayainya sampai ada di antara mereka berjumpa dengan kami (di management office) untuk mendapatkan kepastian daripada kami. Bila I tanya pada mereka dari mana mereka dengar…..mereka kata mereka dengar daripada kawan. Heh…. Benci betullah. Terpaksalah kami terangkan semula kepada mereka, kalau tak nanti line tak jalan, maklumlah….semua nak mogok minta dibayar gaji (takut company tipu dia lah konon).



Memang bengang sangat rasanya….. tak boleh ke kalau kita semua jangan percaya terus apa cerita yang datang kepada kita, lebih-lebih lagi cerita-cerita dari rakan satu office… biasanya itu semua kan rumors jer. Kalau you nak tahu whether cerita tue betul @ tak, you have to find out. Janganlah terus jer set dalam kepala apa yang dicakapkan tue betul. Lagi satu….kepada yang suka buat khabar angin tue. Kadang-kadang yg mencetuskan spekulasi tue ialah dari orang yang berpengaruh, sebagai contoh…. Mulut manager yang gatal-gatal nak takutkan orang bawahan dia ke…or apa sahajalah.

Please lah! Boleh tak kalau kita guna sikit otak kita sebelum kita percaya terus. Susah sangat ke nak fikir. It’s just a rumor. Kalau perkara-perkara yang bukan gossip tue, malas pulak kita nak ambik pot, tapi cuba kalau kita cerita pasal kawan satu office ada scandal…laju jer kita nak dengar. Apalah!

No comments:

Post a Comment