Pages

FOLLOWERS

Tuesday 7 February 2012

BILA HUJAN………

Asalamulaikum semua. I hope that you’ all always in well condition. Today is a holiday, so this is the best time for me to take a rest at home. Ye….. I nie memang susah sikit nak bercuti, bukanlah nak kata yang I nie workaholic but I’m prefer to be in office rather than home because I can do a lot of thing when I was in office. Lagipun dekat rumah tu I just duduk sorang-sorang jer kan, so my house tue I just guna untuk tidor jer lah, tapi bila ada peluang bercuti macam nie (sempena thaipusam) lebih baik I rest kat rumah. Nak keluar berjalan-jalan, I masih belum ada girlfriend, so…..

Ok…..dari pagi tadi, I sibuk kemas sikit rumah I yang memang lama jugak I tak kemas, he…he…he…., bujang maa! Lepas I settle kan semua baju I (kecian mesin basuh I tue, 2 trip I basuh baju hari nie) I kemaskan pulak bilik I and another 2 room yang I buat bilik stor and bilik sembahyang. Hemm….banyaknyer habuk! Then after that I pun lepak lah tengok TV and macam biasalah, I nie memang tak boleh lama nak tengok TV, cepat bosan. So I tutup TV dan on PC. Haa…. kalau mengadap PC, 2  hari pun tak pe, I tak bosan punyer….

Sedang I syok-syok dengan PC I, tiba-tiba jer hari hujan pulak. Rasanya dah lama jugak dekat Klang nie tak hujan. Dua-tiga hari sebelum nie memang panas terik, so syukur kepada tuhan atas rahmatnya, bila hujan nie….rasa sejuk sikit. Hujan hari nie boleh dikategorikan sebagai sederhana lebat and hujan macam nie yang paling I suka….jenis yang tak de guruh dan petir, kalau tidor memang best nie. Sayang sekali….. I baru jer minum kopi o, so memang mustahil I boleh tidor!

                                        (hujan itu satu rahmat dari tuhan)

Sedang hujan di luar, I yang di dalam rumah dan sedang mengadap PC nie tiba-tiba jer mengelamun jauh! Jauh sungguh. Tak tahu kenapa tiba-tiba jer I terkenang semula nostalgia waktu I kecik dulu bila hujan. So apalagi…..terus jer lah I taip apa yang terlintas…….so now I want to go back to 21 years ago…..



Grohh……grohh…….terdengar bunyi guruh kuat di langit. Seorang budak lelaki yang dari tadi asyik bermain-main dengan kakanya di halaman rumah memandang ke langit. Langit yang tadinya cerah kini mula bertukar warna. Sebaik melihatnya, budak itu tersenyum sendirinya. Dalam hatinya dia mula berkira-kira. Jika telahannya itu tepat, maka hujan pasti akan turun sekejap lagi.

Pada budak itu, tidak ada perkara yang lebih mengembirakannya selain dari dapat bermain-main di dalam hujan walaupun dia tahu padah yang menantinya andai ibunya dapat tahu. Pada kebiasaannya, ibunya jarang membenarkan budak itu bermain hujan. Lebih-lebih lagi kalau hujan itu beserta kilat dan petir, mungkin takut anaknya itu dipanah petir. Jadi budak lelaki itu hanya akan merasa mandi hujan sekiranya hujan itu sederhana lebat dan tiada petir.

                                            (hemm....syoknyerr....)

“Imah…..hari macam nak hujan lah” kata budak lelaki itu kepada kakaknya.
“haah….dah gelap dah! Nanti kalau hujan kita naik yer!!” balas kakaknya pulak.
“alah….aku nak mandi hujan, dah lama tak mandi hujan….” Balasnya semula.
“kalau nak mandi tunggulah mak balik, nanti mak marah!” kata kakaknya cuba menegah adiknya itu.
“alah kau nie…..mak kan pergi ladang…..lambat lagi balik, aku mandi kejap jer….nanti aku naik lah! Kau jangan bagitau kat mak!” balas budak degil itu.
“alah….kau nie Udin…..tak payahlah! Nanti aku kena marah dengan mak nanti. Kalau aku kena….jaga kau!” balas kakanya memberi amaran.
“alah….mak tak tahu….kau janganlah bagitau!”

Seketika kemudian, titis-titis halus mula jatuh ke bumi. Ada diantaranya jatuh ke muka budak lelaki yang degil itu dan kakaknya. Kali ini, senyuman budak lelaki itu makin lebar. Apa yang dihajatkannya menjadi kenyataan. Kakaknya terus masuk ke rumah sambil memujuk adiknya yang degil itu untuk masuk sekali namun ternyata sia-sia sahaja. Budak lelaki itu memang degil!

Bila hujan semakin lebat, budak lelaki itu semakin gembira. Seluruh badanya mula lejut dengan air hujan. Budak lelaki yang degil itu pergi ke bahagian belakang rumah dan berdiri di bawah atap rumah. Dia tahu banyak sungguh air hujan yang turun dari atap zink rumahnya itu. hemm….memang seronok sangat rasanya bila air hujan yang sejuk itu kena ke badannya.

Setelah puas menanti air hujan di bawah atap rumah, budak itu pergi lebih berani. Dia bermain pula di sekitar pokok-pokok keladi yang ada di belakang rumahnya. Mungkin budak itu seronok dan hairan bila melihat daun keladi itu tidak pernah basah walaupun hujan lebat menimpanya atau budak itu ingin menangkap belalang hijau yang memang banyak bertanggek di daun keladi itu.



Sesekali bila terasa ada pancaran cahaya kilat, cepat-cepat budak degil itu lari ke bawah rumahnya. Tahu juga budak lelaki itu takut. Tapi tak lama, bila melihat ada lopak air mula terbentuk, rasa takutnya mula hilang. Dengan senang hatinya budak itu terus sahaja pergi berkubang di dalam lopak air itu. Baju dan seluarnya mula berubah warna kesan daripada air tanah. Memang jelas terpancar kegembiraan pada wajah budak lelaki itu. Ibarat semua masalah yang dihadapinya hilang begitu sahaja. Lama budak lelaki itu bermain di dalam lopak air itu.

Mungkin sebab terlalu seronok, budak lelaki itu bagai lupa segala-galanya. Dia langsung tidak menyedari rupa-rupanya ada sepasang mata yang sedang memerhatikannya. Ya…sepasang mata yang sedang memerhatikan budak itu dengan penuh rasa geram dan marah. Dan…dia langsung tidak sedar. Yang dia sedar, dia rasakan belakang badannya sakit tiba-tiba akibat dilibas dengan ranting pokok muda. Sabaik budak lelaki itu merasa sakit, dia terus menoleh ke belakangnya…….

He…he…he…..malu pulak I nak habiskan kesudahan cerita yang terjadi kira-kira 21 tahun dahulu. Tapi I rasa you’ all semua dah boleh agak dah kot apa yang terjadi pada budak tue selepas itu kan. apa yang pasti, budak lelaki yang degil itu adalah I waktu I kecik dulu and kalau you’ all tak boleh agak jugak apa yang terjadi lepas tue, oklah I kasi tau…..

Rupa-rupanya I langsung tak sedar yang mak I dah balik and bila dia nampak jer I syok2 main hujan sampai habis baju kotor, dia pun apalagi…..memang teruk juga I kena bantai hari tue and yang paling keciannya ialah kakak I, tak pasal-pasal dia kena sekali sebab tak jaga I. Dua-tiga hari lepas tue, I demam selsema…tapi tak serik lagi. he…he…he….

Well, what ever it is, itu semua hanya tinggal kenangan sahaja. Sekarang nie memang I teringin jugak nak mandi hujan tapi malu lah pulak, nanti orang kata orang gila sebab dah besar pun still nak main macam budak-budak. Last sekali I mandi hujan waktu I di kolej. Sajerlah nak lepas gian dengan kawan-kawan….. I siap tangkap katak kasi kawan I yang takut katak.

Hemm…..itu cerita I di zaman kanan-kanak I. If I have an Aladdin lamp right now and I can request 3 wished from the genie, maybe one of my wish is get back to that time and feel that precious moment. That’s moment who cannot be exchanging by anything in this world. Apa-apa pun, itu zaman I, budak-budak zaman sekarang nie dah lain. I rasa dah tak de kot budak zaman sekarang yang main air hujan. Nak pulak yang duduk dekat bandar…..for sure their parent not allow them to play in outside when a rainy days. Heem… look likes people who live at the city have a lot of taboo rather than people who live in ‘kampong’, right!

Kalaulah anak-anak zaman sekarang dapat rasa keseronokan yang pernah I rasa waktu bermain air hujan di zaman kanak-kanak I dulu, I think mereka pasti tak sabar nak menunggu saat-saat ‘bila hujan….

2 comments:

  1. time hujan tetibe teringat kan seseorg..hik jiwang!

    ReplyDelete
    Replies
    1. tet....... oppss, kantoi2, he3. by the way, memang sometime kita akan rasa something padahal pada oang lain, hujan tue biasa jer kan....maybe every single person have thier own precisious moment rigth!

      Delete