Assalamualaikum
dan apa khabar semua. I harap semua kawan-kawan I di luar sana sihat selalu hendaknya. Hari ini, I
menulis lagi untuk yang ke-sekian kalinya dan ini merupakan entry I yang ke-50.
So, it is a special moment for me and for that…. I’m going to write a special
entry to all of you. This entry is based on the true story….and, it is story of
me…. I just hope that this story can teach us something to thought our life.
‘Dosa Seorang Janda’. Apa
maksudnya?......
Ibu dan ayah I bercerai selepas I dilahirkan. Kemudian,
selepas mahkamah memutuskan bahawa ibu I mendapat hak penjagaan
anak-anak…masing-masing membawa haluan masing-masing. Ibu I serta 6 orang anak
di bawah jagaannya memulakan hidup di sebuah ‘tanah rancangan FELDA’. Dengan
rumah papan yang dah hampir nak roboh, kami semua mulakan hidup di situ. Pada
mulanya…. Ibu I bekerja di sebuah kilang papan. Kerja secara shift siang dan
malam. Tanggungjawab untuk menjaga kami semua dipikul oleh kakak yang sulung
dan abang.
Setiap kali ibu bekerja pagi, I akan bertanya kepada kakak
“mak mana?” walaupun I nampak sendiri yang ibu I nie keluar bekerja. Mungkin….
Terlalu naif pemikiran budak yang baru berusia 5 tahun. Bila petang menjelang,
I akan tunggu di depan pintu. Tak sabar rasanya nak tengok muka ibu. Walaupun
dia penat, tapi setiap kali dia balik dan melihat I berlari mendapatkannya, dia
pasti tersenyum. Kadang2, I tunggu dia sebab nak report pada dia bila I kena
pukul oleh kakak atau abang…biasalah…anak bongsu memang manja.
Bila ibu bekerja malam…sebelum ibu keluar dari rumah, dia
akan jirus kan
air Yaa-sin di sekeliling rumah. Maklumlah….rumah kami tak ada pagar macam
rumah orang lain. Lagipun dinding rumah kami tue dah reput dimakan anai-anai.
Nak membaikinya…masih belum mampu. Setiap kali dia nak keluar, dia pasti
membaca doa agar kami semua selamat di malam hari tanpa dia. waktu kami nak
tidur….kakak yang sulung pasti akan letakkan surah Yaa-sin di atas kelambu.
Mungkin itu cara yang terbaik untuk gadis berusia 16 tahun memberanikan diri.
Dia tahu…. Kalau dia takut, pasti adik-adik di bawahnya juga akan lebih takut.
Masa berlalu….makin kuat ibu bekerja…makin jarang dia
bersama kami….makin banyak dia kumpul duit. Kemudian, dengan duit yang dia ada,
dia membeli sebuah motosikal Yamaha berwarna biru. Itulah harta pertama ibu.
Ibu harap, dengan adanya motor ini, bolehlah dia usahakan ladang sawit sendiri.
Tak perlu upah FELDA lagi. Pasti dia akan ada pendapatan yang tetap dan lebih
baik. Kali pertama ibu nak belajar menunggang motor, dia suruh I tolong tolak
dari belakang. Waktu itu kami di hadapan rumah, sedang ibu berlatih, tiba-tiba
jiran di sebelah rumah kami, yang juga seorang wanita seperti ibu dengan
selamba berkata “hah…. Minah tue dah nak belajar bawak motor dah… siapa yang
ada laki tu, lepas nie…kena simpanlah
dalam rumah!”. I langsung tak faham apa yang dia maksudkan sebab I masih kecil,
tapi sebaik mendengar kata-kata itu, ibu terus menolak motor ke dalam rumah.
Sejak hari itu, ibu belajar imbangkan badan hanya di dalam rumah.
Ya…..
itulah ‘dosa’ yang I maksudkan. ‘Dosa’ kerana menjadi seorang janda. ‘Dosa’
yang diberikan oleh manusia sama seperti ibu dan yang lebih memeritkan lagi….
Manusia itu juga seorang perempuan seperti ibu. Hina sangatkah seorang janda?
Rendah sangatkah maruah seorang janda? Patutlah ibu tak pernah nak tumpang
sesiapa bila ada yang ingin menolongnya ketika dia pulang berjalan kaki.
Patutlah ibu sangat marah kalau kami bergaduh dengan kawan-kawan ketika bermain.
Patutlah ibu tak benarkan kami pergi bermain di rumah jiran-jiran. Patutlah ibu
pukul abang sampai setengah mati bila orang tuduh abang mencuri. Rupa-rupanya….
Ibu terbeban dengan ‘Dosa’ yang orang jatuhkan padanya. ‘Dosa’ hanya kerana dia
menjadi seorang janda.
‘Dari Hati Kecil Seorang Anak’. Ini
kisahnya…..
Akhir tahun 1994. I rasa happy sangat. Ini kali pertama I
akan naik ke pentas…. Maklumlah, I dapat no.2 di dalam kelas. Cikgu dah pesan
supaya pakai baju cantik2 di ‘Hari Penyampaian Hadiah’ nanti. Bila balik jer ke
rumah, I terus jer bagaitau pada ibu, I suruh ibu datang tengok. Ibu cakap
“baiklah”. Bila tiba harinya, I tengok ibu masih belum sampai…. Dalam hati I
resah… “mana mak nie?”. Acara dah pun bermula…. I tengok bila nama kawan I
dipanggil dan dia menerima hadiah, dia terus jer berlari mendapatkan ibu dan
ayahnya. Mesti dia happy sangat. Kemudian…. Nama I pun dipanggil, dengan gugup
I naik ke pentas….selepas bersalam dengan guru besar, I ambik hadiah yang
diberikan. I pandang penonton yang bertepuk tangan. Sayang…..ibu tak datang. I
nak pergi ke mana? I nak peluk siapa? Sampai hati dia tipu I, bila balik, muka
I muncung…. I tak nak cakap dengan dia sebab I rasa dia penipu. Dia cakap dia
lupa….rupanya hari tue….hari dia jual getah.
Bila balik dari sekolah…. Ibu pasti tunggu I di luar pagar
sekolah dengan pakaian kotor serta kasut yang bertanah merah dari ladang.
Mungkin sebab dia tak sempat nak tukar. Kawan-kawan I selalu ejek I sebab ibu
pakai macam tue. Biasalah….budak-budak kan .
Apalah yang diorang tahu. Tapi I malu kena ejek macam tue. I tahu mak I tak
macam mak bapak diaorang. Pakai baju cantik2 ambik anak pulang dari sekolah.
Sampai I pernah mintak mak I tunggu I jauh sikit dari pagar sekolah. I tak
tahan kena ejek dengan kawan. Biarlah I jalan kaki jauh sikit.
Kadang-kadang….waktu di sekolah rendah, pasti akan ada
orang yang datang menjual buku atau barang-barang di sekolah. Bila mereka
berikan pamphlet kepada I, I akan bawa balik dan desak ibu supaya
membelikannya, dan biasanya memang ibu tak bagi. Katanya…itu membazir. Tapi I
teringin sangat! Kawan-kawan I yang lain pasti akan beli. Bila I complained
pada ibu, dia akan jawab “kawan engkau tue semua ada bapak! Engkau tak de, mak
tak boleh nak beli sebab barang tu mahal!” I marah sangat dengan kehidupan I
masa tue. Kadang-kadang I terfikir “kenapa aku lahir dalam keluarga nie?”
Tahun 1997. Hari raya Aidilfitri yang paling bermakna dalam
hidup I. I pasti tak akan lupakannya sampai I mati kelak. Inilah hari raya yang
pertama dan yang terakhir dalam hidup I, yang mana I dapat menyambutnya bersama
ibu dan ayah I. Hari raya yang mana I dapat
rasakan keseronokannya seperti keluarga kawan-kawan I yang lain. I ingat lagi
sehari sebelum hari raya, ayah I datang ke rumah, katanya nak menjenguk anak-anak.
I nampak ayah ada berbincang sesuatu dengan ibu, tapi I tak mahu nak
campur…maklumlah hal orang tua. Tapi malam tue, selepas berbuka puasa, ayah I
tak balik seperti biasa, ibu izinkan ayah tidur di ruang tamu rumah bersama
abang manakala ibu dan kakak tidur di dalam bilik. Ayah minta I tidur di sisi
ayah, katanya…. Dia teringin nak tidur dengan anak bongsu dia. I pun tidur
bersamanya walaupun agak janggal. Paginya….. kami semua makan juadah hari raya
bersama. Memang lain sangat rasanya bila dapat merasa berhari raya bersama ayah
dan ibu. Itu kali pertama I cium tangan ayah di pagi raya. Tak sangka itu juga
yang terakhir. Syukur kepada tuhan….at least I ada jugak pengalaman untuk
diceritakan pada anak dan cucu bila I tua kelak. Selepas hari raya tue, ayah
dah jarang datang menjenguk kami atas faktor kesihatan. Tahun 2000, ayah pergi
tinggalkan kami semua.
Ya…..
itulah luahan dari hari kecil seorang anak yang ibu dan bapanya bercerai.
Luahan hati seorang anak yang cemburu dengan kehidupan kawan-kawannya yang lain
yang sempurna pada penglihatannya. Apa rasanya bila you tahu yang you masih ada
ayah tapi dia tak bersama dengan you? Kalau ayah you dah meninggal, itu cerita
lain. Sekarang nie, you tahu dia ada, you boleh nampak dia…tapi you tak boleh
bersamanya! Mungkin rasanya seperti sebuah Mercedes Benz yang diparkir di
hadapan rumah kita. Kita boleh lihat bertapa mewahnya kereta itu, kita boleh
pegangnya tapi yang pasti…. Itu bukan milik kita.
Moral……
Bukan
niat I untuk menjual kisah yang sangat peribadi ini kepada public untuk meraih
simpati atau perhatian. Apa yang nak I sampaikan di sini ialah bertapa
pentingnya sebuah kehidupan dan sebuah keluarga yang harmoni. I tahu….hidup dan
mati kita….jodoh pertemuan kita….semuanya dah pun ditakdirkan. Tapi tak salah
untuk kita cuba yang terbaik
kan !.
I
harap kepada semua pembaca blog ini…. Baik yang sudah berkahwin mahupun belum, cubalah
jadikan kisah ini sebagai panduan. I akui, memang perit rasanya bila you dalam
keluarga yang berpecah belah. Even….if you dari keluarga yang kaya pun, you
still akan merasa kekosongan dan tidak sempurna seperti keluarga yang ada ibu
dan ayah. I dah pun laluinya.
Kepada
pasangan suami isteri di luar sana …..cubalah
berfikir panjang sebelum you lakukan sesuatu especially for husband. Please
think about your children first! Kalaulah you boleh rasa bagaimana deritanya
jiwa anak-anak yang kurang kasih sayang……
Well…..
that’s my personel story. A story that built me to be what I am now. I tak
salahkan ibu atau ayah I dan I pun tak boleh memilih dari keluarga mana I nak
dilahirkan. Hidup kita nie ibarat menonton movie tanpa button ‘rewind’, kita
tak boleh nak buat apa-apa, so ia hanya akan terus berjalan ke hadapan. Setiap
orang ada ujiannya kan .
I anggap ini ujian untuk keluarga I. Yang penting kita semua ada peluang untuk
memperbaiki setiap kelemahan yang ada. I terpaksa telan sebiji ‘buah’ yang
sangat pahit…. I tak suka tapi buah yang sangat pahit itulah yang membuatkan I
hidup sampai sekarang…..
salam,
ReplyDeletesedih hati i bila baca kisah benar ini. i sgt respect sama u krn tabah hadapi hidup ini.
wasalam.....
ReplyDeleteterima ksih kerana sudi membacanya, i tak jual kisah i nie and harap sangat biarlah orang lain tak melaluinya seperti mana i melaluinya.