Pages

FOLLOWERS

Tuesday, 31 July 2012

MEMORI BUAH MELAKA.

Hi and assalamualaikum semua. Hope ada lagi orang yang sudi bukak blog I nie even I sendiri pun memang tak de masa nak jenguk. Lately I’m so busy but I try my best to up-date my blog from time to time. Ok……pejam celik, pejam celik….. sekarang kita dah pun berada di bulan Ramadan, Penghulu bagi segala bulan and for all Muslim…… happy fasting festival. Let’s try to make this Ramadan be our best Ramadan even. So…. For those yang masih ‘chengelat’ nak puasa tue….. try lah untuk finish your fasting until the end ok.



Tak perlu lah you’all sibuk nak kejar sembahyang sunat ‘tarawih’ (or maybe just waiting for ‘moreh’ menu, he..he..he) if yang wajib pun kita ‘kokak’ kan. So let’s start with the simple one…. I means…. The ‘compulsory’ one. Try to puasa and solah 5 time per day first then if we can stick with it, then goes to next level.

Wah….. dah macam ustaz Don lah I nie, by the way… today I bukannya nak bersyarah bab agama dengan you’ all but for today I nak share dengan you’ all semua satu peristiwa yang amat bermakna pada I yang berlaku di bulan puasa and trust me…..I never forget that’s moment until my last breath and I believe that I will share this story to my kids soon (when I have a kids soon). You’ all nak tahu apa cerita nyer….. inilah kisah pengajaran untuk kanak-kanak yang berpuasa ‘YANG-YOK’ he…he…he…




This story happened when I was a kids. Kalau tak silap I , waktu tue umur I dalam 9 tahun rasanya. Well, kisah budak-budak, mesti ada yang nakal kan. Waktu I start belajar puasa….. memang selalu sangat kantoi. Rasanya bila tak boleh makan tue, berat sangat… dalam hati I selalu terfikir…. “Kenapalah tak boleh makan, tak tahu ke yang aku nie lapar!”. Biasanya kalau I buat ‘muka kesian’ depan mak I, mesti mak I akan suruh I berbuka lepas pukul 2 petang, kalau I boleh tahan sampai waktu berbuka tue mesti I jadi macam orang Somalia, asyik nak baring jer sampai petang.

Nak dijadikan cerita, pada satu hari tue, mak I buat ‘buah Melaka’ untuk dijadikan juadah sampingan untuk berbuka puasa. Waktu mak I sediakan ‘buah Melaka’  tue dalam pukul 4 lebih lah. Start dari potong gula ‘kabung’ sampailah uli tepung, semua I follow. Then, bila dah siap masukkan gula ke dalam tepung, kami pun start lah rebus kuih tue. Mak I pesan, bila kuih tue dah timbul, terus angkat. I pun ikut jer lah semua instruction mak I tue.

Dalam hati I, memang I tahan je lah dugaan yang melanda waktu tue kan. Then, nak dijadikan cerita lagi, tengah syok-syok I tunggu kuih tue timbul, mak I cakap pulak pada I “mak nak sembahyang ‘Asar’ dulu, kau tolong jagakan kuih tue yer, kalau siap angkat, terus ‘golekkan’ pada kelapa parut yer….” Ujar mak I kepada I. I pun memang tunggu-tunggu lah peluang keemasan nie kan, yelah waktu tue memang tinggal mak dengan I jer, kakak I belum balik dari sekolah lagi.

So, bila mak I masuk jer ke bilik air untuk mandi dan berwuduk, I pun apalagi…… terus jer ambik sebiji buah Melaka yang baru jer timbul dari periuk, I tiup lebih kurang and terus jer masukkan ke dalam mulut I ( takut tak sempat….nanti mak I keluar dari bilik air mampus I ) bila ‘buah Melaka’ yang baru masak tue masuk jer dalam mulut I and air gulanya pecah…………


Ya Allah ya Tuhanku….. sesungguhnya….. sungguh azab sekali lidah ku ini apabila air gula yang panas itu meletup di dalam muluk ku. Aku melompat-lompat penuh terseksa ya Allah…. Sesungguhnya…. Ampunkanlah hamba mu yang saat naif ini Ya Allah. Hemm…. Memang padam dengan muka I kan. I memang betul-betul tak sangka yang air gula tue sangat panas…. Kalau lah I tahu, confirm I tak akan curi makan punyer. Kalau you’ all nak tahu, lepas daripada tue, lidah I terus jer jadi kebas, langsung tak rasa apa-apa bila makan sesuatu and yang paling menyakitkan hati I, actually mak I tahu I tak puasa, rupa-rupanya dia skodeng I senyap-senyap, so apalagi……memang kenalah kan, he..he…he….

Wednesday, 4 July 2012

SI JAHIL YANG TERKURUNG





Hi and assalamualaikum semua. Ya Allah, rasanya dah lama sangat I tak up-date blog I nie, mesti dah berkulat rasanya kan. Sorry coz now I’m busy to death. Baru2 nie my senior dah resign, so I’m taking her job right now and that’s why I’m busy to death right now. Nak siapkan kerja I lagi, siapkan kerja dia lagi and nak kena tunjuk ajar pada clerk I pulak, emm…. Memenatkan tapi at the end, I’m satisfy with it.

Ok, stop nagging and start with the main point. For today I want to share another entry with all you guys. Today’s topic is ‘Si Jahil Yang Terkurung’. Actually this title I’m using to referring one of my colleague. Heh…I don’t know why and how she become like this but she is really pathetic. Do you remember about Miss H. baru-baru nie I bergaduh lagi dengan dia and kali nie sampai dia memang tak mahu nak tegur I lagi.

I’m don’t mind and I think it’s good for both side but until now I’m don’t get it. It’s just because of the simple thing. She just get mad on me coz we both have a different concept and idea and just because I disagree with her…. Then she decide to reject me. What the $@#&! Egghhh!!! Geramnyer I but never mind, I tak rugi pun kalau dia tak involved dalam hidup I cuma right now I perasan yang dia nie kategori orang yang macam mana and I boleh classify yang dia nie dari group ‘Si Jahil Yang Terkurung’.

Nak tahu kenapa I kata macam tue…. Sebab dia nie jenis orang yang tak boleh nak terima pendapat orang lain langsung. Pada dia, she always right and everybody must listen to her. Oh my God!! I never saw that little creature in my life before!!! Cuba you’all imagine….. just because I tak agree dengan pendapat dia, then dia terus tarik muka. That’s mean dia memang jenis tak boleh terima pendapat or pandangan orang lain even sometime pendapat orang lain tue memang ada betulnyer. I rasa maybe dia malu kot bila ramai yang agree dengan pendapat I and ditambah lagi dengan egonyer yang tercabar, so she start to against me.

Seriously, I memang tak kisah langsung and I tak terkejut pun dengan sikap dia yang macam tue. Sebelum-sebelum nie pun memang dah ramai orang yang bergaduh dengan dia. dia nie memang jenis nak menang ‘sokmo’, dengan orang lain mungkin boleh but not with me. I kesian bila tengok orang yang macam nie, bukan apa…. Look likes she try to against the world. It’s ok if you dare to stand your idea but at the same time, you cannot force the other to agree with you.

Every single person in this world have their own perception about something. Kalau I suka buah manggis and ada orang lain tak suka, tak kan lah I nak paksa orang lain suka jugak, betul tak! Perumpamaan ‘Si Jahil’ tu ialah kerana dia hanya mampu absorb apa yang termampu oleh pemikiran dia and dia akan pegangnya sampai mati. ‘Yang Terkurung’ tue pulak ialah kerana dia tak akan nak dengan pandangan orang lain walaupun apa yang orang lain tue cakap…..betul. contohlah…… kalau dia fikir yang bumi nie empat segi, dia akan cakap yang bumi nie empat segi and if I try to explain to her that earth is circle, she won’t accept it. She give a signal that “I know better that you”.

I hope sangat orang macam nie I tak jumpa lagi in future. So pathetic….so pathetic….. life have a lot of thing to discover but when you stuck yourself, there’s nothing else left….. It just you…. Your stupidity and your unmeaning life.      

Tuesday, 5 June 2012

PLEASE……LEAVE ME ALONE!


Hi and how are guys. Hope that you all always fine. Today, I would like to share another new entry just for my readers. I harap yang entry nie tak menyinggung sesiapa even I rasa ada di antara kita di luar sana yang akan rasa tersinggung with this entry. So, first of all, I nak mintak maaflah kalau ada yang tersinggung nanti.



Today, I nak shared sikit dengan you all about my habits. Actually I nie suka pergi shopping (if I ada duit lebih lah) but the thing yang paling I tak suka especially when I go to shopping complex is the ‘Promoter’ barangan yang sedia menunggu di kaki lima or berdekatan dengan escalator. Bila I nampak jer ada dua-tiga orang berpakaian seragam siap dengan pamphlet, I mula rasa rimas. Kalau ada jalan lain, for sure I akan ikut jalan lain but the problem is…. Dah tak ada jalan lain dah.

Biasanya promoter nie semua akan berada di ‘hot spot’ iaitu laluan utama bagi orang ramai untuk membeli belah. Bila kita lalu dekat jer, mulalah “bang….bang, ada promosi internet, abang ada internet dekat rumah?” or “hai…selamat petang, kami ada sesuatu yang istimewa…” or “bang….bang, abang tengok jer dulu bang, produk baru…” heh, for God sake, please…. Leave me alone!. Sorry kalau ada ‘promoter’ yang membaca artikel I nie, I cuma tulis based on my perception and for me, I memang tak suka dengan sikap segelintir promoter yang terlalu bersungguh-sungguh cuba untuk menarik pelanggan sampaikan kami rasa terganggu.

So far, I belum pernah lah marah pada promoter yang cuba ‘block’ jalan I coz I tahu itu ialah kerja mereka and kerja mereka tue ‘halal’ kan but sometime memang I rasa panas kepala nie when I say “tak pe tak pe, thank you” sambil mengangkat tangan (tanda tak nak) tapi that promoter tu still lagi bercakap mempromosikan produk mereka. Heh…letih lah macam nie! cara yang biasa I gunakan untuk mengelakkan diri dari mereka ialah dengan berpura-pura berbual di handphone. That’s is the best way because they all memang respect bila kita sedang berbual dalam telepon. So, why not if you try.

Orang macam I nie lebih suka to choose by my own without any advise or influence from anyone. If I want to buy something, then I will…. If I want further information, then I ask, so tak perlulah nak promo something secara berlebih-lebih. Kadang-kadang, I rasa kesian jugak pada diaorang nie semua….. terpaksa ‘tebalkan’ muka untuk bercakap dengan orang ramai even sometime orang langsung tak pandang pun muka mereka nie. buat penat air liur jer dek! Tapi nak buat macam mana kan, memang itu adalah kerja mereka semua, so nak tak nak mereka still kena buat.

So…kepada semua promoter yang ada, I’m so sorry kalau statement I nie buat you’ll tersinggung but it is the truth maa! Kalau you’all tak percaya, cuba you’all buat questionnaire pada public :- berapa ramai yang selesa bila promoter menghampiri mereka, I boleh imagine berapa percent. Kalau boleh kan, why not if you can try to find a better job, I mean the other else……         

Tuesday, 29 May 2012

ULAT BULU PANJAT LIDI…….


Hai and assalamualaikum to all of you. hope that everybody was fine. For today, I ada something yang I nak share pada korang semua. Today, my topic quite santai sikit coz lately banyak sangat topic yang berat yang I tulis so why not if today we all imbau semula nostalgia lama. Actually syok jugak kalau sekali-sekala kita imbas kembali saat zaman kanak-kanak kita kan.



Suatu petang….kira-kira 18 tahun lepas. Di dalam sebuah kelas sesi petang, ada 5 orang murid darjah 2 sedang berbual sesuatu ketika kelas berbaki lagi 10 minit sebelum waktu rehat.

Zamri: kejap lagi dah nak rehat, kita nak main ape jap lagi?
Pian: entah! Kita nak main apa geng?
Farid: em…kita main cuit tiang nak tak!
Udin: alah….semalam baru jer main cuit tiang, apa kata kalau hari nie kita main cuit duduk pulak.
Mas: wei…. Aku ngan Sal nak main sekali boleh tak?
Farid: mana boleh, kau kan perempuan… kau mainlah zerofan ngan budak lain.
Mas: alah, kau nie kedekut lah!
Zamri: ok-ok…. Kau boleh join, tapi janji jangan bising nyer kalau kau jadi nanti.
Mas: ok

Bila tiba waktu rehat….semua pelajar berpusu-pusu pergi ke kantin sekolah. Ada yang membawa bekal dan tak kurang juga yang berbaris untuk membeli makanan. 30 sen untuk sepinggan mee goreng dan baki 20 sen untuk minuman. Kelima-lima kanak-kanak tadi capat benar ingin menghabiskan makanan mereka. Bukan apa, kalau mereka lambat nanti, pasti ‘port’ mereka dah ada orang ambik. Selesai makan, semua pergi ke ‘port’ mereka. Si Mas siap bawak extra 3 orang kawan dia.

Pian: ok….hari nie kita main cuit duduk nak tak?
Semua yang lain: ok!
Udin: cepatlah lat-ta-li-lat….
Zamri: lambatlah kalau lat-ta-li-lat, kita pakai ‘ulat bulu panjat lidi’…cepat sikit.
Semua yang lain: ok!
Mas: ok, semua buat bulatan sekarang….Pian kira…
Pian: ulat bulu….panjat lidi….siapa dulu…dia jadi.  

Pian menyebut perkataan itu sambil jarinya dituding ke arah mereka semua. Apabila perkataan ‘jadi’ itu tepat pada Zamri, orang lain tersenyum gembira….Zamri yang ‘jadi’ dahulu…hehehe. Permainan pun bermula.



Hemm….korang ingat tak nostalgia lama macam tue. Kalau umur korang sekarang nie dalam 20 tahun ke bawah, rasanya korang mungkin tak merasa pengalaman macam nie kot kecuali kalau korang yang tinggal di kampung. Bagi mereka yang tinggal di bandar….hemm I don’t think so. Macam I, bila teringat semula zaman kanak-kanak I dulu, kadang-kadang I pasti akan tersenyum sendiri. BESTNYER…… tak payah nak pening-pening kepala, kalau pening pun time mengaji lepas magrib kot. Yelah…. Yang mengajar mak sendiri, kalau salah baca…..SIAP!!! he…he…he…

Bermain dengan kawan-kawan….macam-macam, main cuit duduk, teng-teng, musang dengan ayam, galah panjang dan banyak lagi. Kadang-kadang boleh bergaduh waktu main, he..he..he….. A tuduh B chengelat (main tipu), B memang main tipu tapi tak mengaku dan B tuduh pulak A sajer nak tuduh B, so apa lagi…. Terus spoil petang tue. Benci betul. Tapi petang tue jer, esok main balik. He..he..he, budak2… tak ke mana pun akal diaorang tue semua, betuk tak!



Hemm…. Walau apa pun, benda tue dah lama berlalu. Nak patah balik pun tak boleh and kalau umur cam nie (dah dewasa) masih gatal nak main cuit duduk, polis entry, pongkeh(konda-kondi), cuit tiang mahupun teng-teng, sah orang kata kita giler. Kalau anak dara buat perangai cam gini, alamat nyer sampai tumbuh kulat kat hidung pun orang tak masuk meminang dek!   

So nak buat cam maner….senang jer. Kalau korang ada masa terluang…bila balik ke kampung tue (kalau korang kerja di bandar) apa kata sekali-sekala korang gi jalan ke tempat yang korang biasa pergi waktu korang kecik dulu, lagi best kalau korang boleh bawak sekali beberapa orang kawan lama korang (kalau masih ada lah), confirm ‘terkenang’ dek! Or maybe for those yang masih ada adik kecik kat sekolah rendah…. Apakata kalau korang yang gi jemput adik korang balik. Sekolah tue kan ‘bekas’ sekolah korang, kalau korang datang 10 minit awal lagi bagus…sambil tunggu adik tue, bolehlah imbau semula kenangan lama. Tapi jangan ambik hari-hari, sekali-sekala jer. Barulah ‘mood’ tue hadir, he…he…he…

Korang tau tak kenapa tetiba jer I nak tulis nie semua. Sebab hujan ke? Tak….Klang nie dah lama tak hujan. Sebab….. sekarang nie CUTI SEKOLAH!!. Dulu, waktu I kecik…keseronokan cuti sekolah tue ibarat I dapat bonus waktu sekarang nie. I pasti akan siapkan semua kerja sekolah I secepat yang mungkin and start untuk follow all the schedule during the cuti sekolah. Nak tahu schedule apa? Schedule budak cuti sekolah lah! Pergi memancing, tangkap belalang and main waktu petang. Kadang-kadang dalam kul 2 petang ambik upah cabut uban mak. Nanti mak I kasi 30 sen untuk beli air pop bila tengah main nanti, he..he..he.. sampailah sehari sebelum sekolah buka semula…baru I teringat… I belum basuh kasut sekolah! Mampus!!! 

Korang ada nak shared something tak? Cer citer….Cer citer….

Friday, 25 May 2012

WATAK.


(maaf kalau entry nie agak panjang)



Hi dan apa khabar semua. I harap korang semua sihat selalu. I sekarang ni macam biasa, still sihat macam biasa. Sedar tak sedar, sekejap jer dah hujung bulan kan. Cepat betul masa nie berlalu. Ya…. Betul! Memang cepat benar waktu itu berlalu meninggalkan kita semua.

2 hari yang lepas, sedang I asyik melayari internet (facebook) tiba-tiba I terjumpa seseorang. Actually bila lihat wajah lelaki (send request as friend) itu, I rasa macam kenal but I’m not sure. Ia seperti wajah seseorang yang I pernah kenal suatu masa dahulu. Bila I start chat dengan mamat nie, then I remember that this men is my friend….. my best friends actually that I’m loss for almost 10 years.

I betul-betul terharu waktu tue. Then, I terus sahaja call dia coz I tak puas chat by facebook. Waktu first dengar suara dia, memang I rasa sebak sikit. Maklumlah… dia memang kawan baik I kan. Bila dah berborak dalam phone, macam-macam benda yang kami bualkan. Bila dia start buka kisah hidup dia, I lagi tambah sebak. Cerita dia…. Lepas kali terakhir kami berjumpa (waktu I 16 tahun) dia telah pun dihantar ke SEKOLAH HENRY GURNEY (memang kami remaja yang agak nakal waktu tue) lepas dia keluar dari ‘Penjara Juvana’ itu, dia mula try to restructure himself.

“lepas aku keluar, aku start nak bina hidup aku, aku mula cuba cari kerja, tapi memang susah sangat. Bila orang tengok sijil sekolah Henry Gurney, dari interview pasal kerja bertukar jadi interview pasal aku pulak. Pernah sekali tue sampai aku marah pada tukang interview aku tue. Aku cakap pada dia :- Saya datang sini nak mintak kerja, bukan nak cerita saya buat kes apa!. Memang aku bengang dan sedih Din, aku tahu aku macam mana dulu… tapi itu cerita dulu, yang lepas tu lepaslah… tapi nasib baik ada jugak orang ambik aku kerja sekarang!”

Bila I dengar cerita dia tue, memang hati I nie sayu sangat. I mula terfikir…… dunia nie ibarat satu pentas opera yang maha luas, kita sebagai manusia yang hidup di atasnya pula ibarat para pelakon dan kehidupan itu sendiri pula ibarat drama pementasan yang cukup hebat. Sebagai pelakon…. kita sudah diberikan WATAK  yang tersendiri dan tugas kita ialah untuk ‘melakonkan’ WATAK itu hingga ke akhirnya. Apa WATAK yang kita pegang? Baik @ jahat?

Antagonis adalah WATAK yang dia pegang dulu… tapi itu dulu. Jangan kata dia, I pun pernah pegang WATAK itu dahulu. Kami masing-masing pernah buat benda yang tak baik dahulu! Tapi sekarang, semua dah berubah kan. Macam dia, yess… dulu dia memang agak teruk… dengan badan bertatu, suka minum dan buat macam-macam benda yang tak elok tapi perkara tue dah lama berlalu. bukan niat I nak tulis ini semua untuk menjadi bias (coz he is my BEST FRIEND) or influence public supaya bersikap ‘pemaaf’’ dan ‘menerima’ sahaja semua  perbuatan jahat yang orang lain lakukan terhadap kita. No! I’m not! Sebab itu topic I hari ini ialah WATAK.

Apa yang nak I sampaikan kali ini ialah berkaitan dengan nilai sebuah kehidupan seseorang manusia itu. Macam kawan I nie, walaupun dulu dia seorang yang teruk, tapi sekarang ini dia sudah berubah and right now he really need ‘the second chance’ from the rest in order for him to living his life. Kita biasa mendengar kata-kata “everybody deserve a second chance” but in real life…. Not everybody deserve a second chance and not everybody can easily give a second chance for us after all wrongdoing that we has done in the past. I know, the right of ‘forgiveness’ was influence by a lot of factor. Kalau kita yang menjadi ‘mangsa’, mungkin sukar untuk kita memaafkan atau melupakannya but kalau kita pula yang buat salah? Pasti hasilnya berbeza. Betul tak! Lagi satu, tanggapan orang sekeliling pulak? Banyak sebab untuk orang sekeliling sama ada untuk menerima / menolak bekas orang-orang yang berWATAK ‘jahat’ ini. Biasanya, they gonna judge us by the way we look… not by who we are and if that so, it is too bad.

WATAK….. ada macam-macam dalam dunia nie. Ada yang baik dan ada yang jahat. Kadang-kadang kita boleh jadi baik dan kadang-kadang boleh jadi jahat. Tapi, kalau dah nama kita nie manusia, sebaik mana pun kita…. pasti tetap ada sifat kejahatan dalam diri kita, kita tak akan jadi malaikat dan walau sejahat mana kita…tak kanlah tak ada langsung kebaikan dalam diri kita? kita tidak akan jadi sejahat iblis dan syaitan. Sebab…. Kita cuma manusia biasa. So…. Bila kita pernah tersasar satu ketika dulu dan selepas kita sedar semula…. Layanan dari orang sekeliling amat penting. Kalau mereka masih menolak kita walaupun WATAK kita kini berubah…. Memang ia sesuatu yang perit untuk diterima tapi… hidup ini tetap harus diteruskan.

I pandang situasi ini secara keseluruhan… macam kisah kawan I nie, maybe some of us may say “kalau tak mahu orang benci….kenapa buat jahat. Sebelum buat tue tak boleh fikir dulu ke? Bila dah buat baru nak menyesal! Nak buat apa!” yess!!! You got your point but if we think it back, are all people in this world were practices in that way (thinking first before do) for the whole of our life? The answer in NO! fatamorgana dunia ini cukup hebat! Tak semua yang mampu mengatasinya and pada kawan I pulak, mungkin dia terfikir “aku dah cuba jadi orang baik pun, orang masih hina aku, macamlah diaorang tue baik sangat!” yess!!! You also got your point but instead of you do that just to satisfy the other, it’s better if you do it for yourself.

Kita tak boleh nak mengubah persepsi orang lain terhadap kita, hanya orang itu sendiri yang boleh mengubahnya. So…. Sama ada mereka semua menerima baik orang seperti kawan I itu atau tidak, terpulang. Mungkin orang2 yang berWATAK ‘baik’ ini mudah untuk memandang serong orang seperti kawan I ini but jangan lupa, sifat berprasangka buruk itukan salah satu dari sifat mazmumah.

Lama I berborak dengan dia. macam2 cerita yang I dengar. Rupa-rupanya ada dua-tiga orang lagi kawan (lama) I yang seperti itu. Memang kesian bila I dengar. Ada yang masuk penjara, ada yang baru keluar dari ‘Rumah Pengasih’ dan ada juga yang sudah meninggal dunia kerana lumba haram. Bila I ceritakan pula kisah I yang kerja account dan kawan-kawan lain yang jadi cikgu, jadi translator dan ada yang bukak business sendiri padanya… dia menangis. Katanya “kenapalah hidup aku tak macam korang, korang dah berjaya bawak diri korang semua”

Itulah yang I katakan WATAK dalam kehidupan. WATAK diri kita yang kita pilih. Adakalanya kita tersalah memilih WATAK hidup kita sendiri tapi tak bermakna kita tak berpeluang untuk memilih WATAK yang baru dan kepada semua orang di luar sana, ini pesanan I buat semua:-

“WATAK baik dan jahat dalam kehidupan kita nie bolehlah diibaratkan sebagai melihat panorama ‘bulan mengambang penuh di malam yang gelap’. Anggaplah bulan mengambang penuh itu sebagai ‘sifat baik seseorang’ dan kegelapan malam itu pula sebagai ‘sifat jahat seseorang’. Kedua-duanya sangat berbeza tetapi ada bersama-sama. Kalau kita hanya memandang bulan yang mengambang penuh semata-mata….lupakah kita pada kegelapan malam yang melingkarinya? Dan jika kita hanya melihat pada kegelapan itu semata-mata…bukankah di sebaliknya ada satu cahaya yang cukup kuat untuk menerangi?..........”      


                   
          (inilah best friends yang ceritakan....my best friends ever)

P/S :- Kepada Rompin (nickname dia), walau satu dunia membenci kau, jangan berasa sedih dan kecewa coz aku tidak sama sekali membenci kau coz aku kenal diri kau tidak seperti mereka mengenali kau. Aku berhutang satu ‘kehidupan’ daripada kau dan aku yakin tidak ada seorang pun dari orang-orang yang berWATAK baik di dunia ini sanggup lakukan seperti apa yang kau lakukan dahulu.    

Wednesday, 23 May 2012

TUNGGU SEKEJAP…..!





Hi and assalamualaikum again! So….. how are you guys? Hope you’ all sihat selalu yer…. I rasa macam dah lama sangat I tak menulis entry yang baru, so I think….today is the right time for me to write my new post and for today….. ‘Tunggu Sekejap…..!’.

Ok…. For today, I nak kita discuss about one topic that for me it quite cliché but it is good issue for us been discuss about it. Kita biasa dengar kan perkataan ‘tunggu sekejap!’ yang biasanya kita ucapkan or orang lain ucapkan kepada kita. Secara general….perkataan ini kita gunakan for refer to the act that we want to delay from do something. In other word, perkataan ‘tunggu sekejap’ nie memang acap kali kita gunakan.

So….now I want to ask you something, which one did you like…. Whether you said the ‘tunggu sekejap’ to someone else or you heard the ‘tunggu sekejap’ from the other. For me, I tak suka dengar perkataan tue dari orang lain and even if I need to say that ‘tunggu sekejap!’ to the other, I’m gonna use that’s word if it really necessary because for me, it’s very simple…. There are so much to do in our life, so if you delay it, you gonna miss it and you gonna delay a lot of thing after that. For sure, kita jugak yang rugi kan!

But…. I nie bukannya hanya pandai bercakap. I seorang yang berpijak di bumi yang nyata. Of course, in real life, sometime kita tak boleh nak jadi ‘sempurna’. Sometime, kita akan delay benda-benda yang quite importance for us and we took a time to do it because of something that not solid. For simple example…. Just because you peminat fanatik Chelsea, you sanggup delay you punya proposal and you tahu that proposal nak kena hantar esok petang pada boss… bila you syok sangat tengok bola (Chelsea vs Bayern Munich, lepas tue Chelsea menang pulak tue) then you pun cakap, “kejap lagilah aku buat, sempat kot nak hantar….”

That’s what happened to my friend. Ha…. Kan dah kena marah dengan boss. Sajer nak cari penyakit kan!. Kadang-kadang, yess…. We really need to delay something because we have another thing that much importance. For the other example, I terpaksa tangguhkan dahulu hasrat I untuk pergi reunion dengan kawan college I sebab sekarang nie I agak busy dengan kerja. Memanglah sedih tak dapat pergi but kerja lagi penting kan! Tu kan ‘periuk nasi’ kita.It’s ok, next time I will….

So….. ‘tunggu sekejap!’. Banyak maksud yang boleh dizahirkan dari perkataan ini. Bergantung pada intonasi ia diucapkan. Kadang-kadang, ia boleh memberi kegembiraan kepada kita, membuat kita berasa bengang dan marah atau mungkin boleh menghampakan kita. Sebagai contoh, kalau you tengah tunggu aweks you di luar rumah untuk keluar tengok wayang (for first date), even aweks you’all tue punyalah lambat nak bersiap, you still maintain jer tunggu, even bila aweks you cakap “tunggu sekejap yer!” you’ all mesti say ‘ok’ punyer. Betul tak!

Lain pulak halnya kalau you nak kejar report dari your colleague. Macam baru-baru nie, bila I mintak report dari kawan I coz his report are related with my report. When I ask him, then he said “tunggu sekejap! I belum siap lagi, maybe esok I bagi you” bila I mintak esok hari kata petang pulak! Mana I tak naik angin kan. Banyaklah kau punya sekejap!

So…. Kawan-kawan, after this…. Hope kita semua lebih bijak untuk menggunakan perkataan ‘Tunggu sekejap!’ lebih baik kalau kita cuba lakukannya dahulu sebelum dengan mudahnya kita berkata ‘tunggu sekejap’ ok. Er… hah! By the way…. You’ all tunggu sekejap yer… I akan postkan more entry for all of you after this.

Thursday, 17 May 2012

HOW TO HANDLE IT?





Assalamualaikum dan apa khabar semua. I still sihat sentiasa. Actually now I try to living a healthy lifestyle starting by changing my daily food taking. Instead of using ordinary rice, now I try to change into a brown rice….. Then see what happened next.

Ok…. For today, I want to shared with all of you another entry and for today I need some advice from my friend out there how for me to handle my emotion. I nie actually bolehlah dikategorikan sebagai seorang yang cepat hot tamper @ cepat melenting @ cepat naik angin when something that I didn’t like happened to me and yes…. I do know that it is not a good behavior but it is not easy for me to let it go.

Before this, I still boleh handle sikit-sikit, kalau I tamper pun, I just marah sikit-sikit lah (you boleh baca entry mulut celopar @ laser). Biasanya memang mulut I jer lah yang bising and biasanya perkataan yang keluar tue still boleh dianggap tidak keterlaluan lagi but lately nie, it likes to hard for me to handle my emotion. I tak tahu kenapa? Adakah disebabkan bebanan kerja I yang semakin bertambah or sikap I yang terlalu perfectionist or sikap I yang berubah after I got a promotion. Oh god…. what should I do?

Dua hari lepas, I bergaduh besar dengan Miss Q (baca entry ‘Bisa dari mulut’) and puncanya tak seberapa pun. Just because of kipas and meja. I maki dia seolah-olah dia tue bukan manusia. I buat dia betul-betul macam anjing kurap. Dah lah suara I nie kuat bila marah, ditambah pula dengan kata-kata kesat serta carutan and dengan ramai orang yang berada di situ, dia pasti rasa terhina sangat. Sampaikan dia menangis baru I slow sikit. Even one of my boss (perempuan) pun terdiam bila I tengah marah. Kawan-kawan yang lain for sure tak berani nak campur….maybe takut kena maki dengan I.

Yang paling tak sedap ialah bila I mempertikaikan education level dia. actually that is really sensitive issue and it is not good bila kita memperkecilkan orang sebegitu. Yes…. Memang I’m more educated then her but it is not good if we questioning the other likes that…. Try to humiliating the other by make then look too dumb, too stupid, or to makes us look  ‘I’m the best’.

Bila I dah reda sikit, my manager pun panggil I. Dia ajak I minum kopi bersama and at the same time we discuss about the ‘tragedi’. Then baru I cerita pada dia perkara yang sebenar. Actually 2 days before that ‘tragedy’ happened, I ada sikit rasa tak puas hati dengan Miss Q (I nak pinjam kipas, dia tak bagi) and I nie pulak jenis yang bila tak puas hati, I start cari pasal dengan orang yang buat I sakit hati tue. It is the way for me to tell that I’m angry with you. When I start buat hal, Miss pulak fight back and as a men, I for sure akan tercabar so…. Boom! Terus meletup on that day.

On that time, I lihat Miss sebagai satu makhluk yang sangat I benci and perlu dimusnahkan. Macam-macam I maki dia, she just defense herself with a nice word and I still use unappropriated word. I’m mocking, insulting and yelling at her just likes that. Sampaikan tangan dia terketar-ketar and she said “tolong respect sikit akak! Akak cukup respect dengan you selama nie” sambil menangis. 

Habis jer I ceritakan pada manager I, then dia pun bagi I sikit advice. Manager I cakap “for me, it’s likes ombak di dalam cawan. Ia tak akan ke mana-mana pun. I tak kata you salah or dia betul coz masing-masing ada point masing-masing tapi bila you cakap kasar dengan dia di depan orang ramai and memandangkan umur dia yang lebih tua dari you, memang kelihatan you quite rude for her. Orang perempuan nie kan hatinya lembut, so I think it is gentlemen if you can ask for apologies to her coz after this, both of you still have to work together and still have to communicate”

Bila I fikir balik apa yang manager I cakap, I rasa memang I agak keterlaluan on that time. Huh….  What can I do? I tak tahu, bila I tengah marah, memang I dah tak nampak kiri-kanan…. Kepala I terus jer rasa panas and boom! Again.

So, can someone help me to solve this problem. Yeah… I know I’m not pious person. A person who obeying his religion. I’m not a good person but I just a person. So….sometime we get mad, happy and sad…. All those thing was in me but how can I control it and how can I be a better person?

(I dah pun mintak maaf pada Miss Q on the same day and she forgive me. I try to makes sure that this is not gonna be happened again. Try to living healthy live inside out)