Pages

FOLLOWERS

Thursday, 2 February 2012

KULIT CEMPEDAK……

Hi and assalamualaikum kepada semua kawan-kawan I. I harap you’ all semua sihat sahaja hendaknya. Actually hari nie I kurang sihat sikit, I selesema but it’s ok, tak lah teruk sangat pun. Still boleh bekerja lagi.

For today I nak shared dengan you’ all another entry. Kali nie I nak cerita tentang ‘Kulit buah Cempedak’. Hemm….apasal I nak cerita pasal kulit buah cempedak dan bukannya buah cempedak kan. Actually kalau I cerita pasal buah cempedak, I think semua orang tahu but kalau kulit buah cempedak……

                               (kalau tak tahu, inilah kulit cempedak)

Ok now I tak tanya dengan you’ all, pelik tak kalau I kata yang kulit buah cempedak tue actually boleh dijadikan satu juadah yang istimewa. Kalau ada yang kata tak pelik that means you’ all pun pernah makan lah masakan nie but for those yang kata pelik, hemm… I akan shared dengan you’ all resepi pelik nie, ok.

I tak pasti lah siapa yang start discover bende nie how they know to cook this thing but I ada juga buat research about this exotic dish. Kalau I search dekat internet, hidangan nie dipercayai popular bagi masyarakat Banjar or orang-orang Johor, tapi bukan semua lah. So bila I fikir balik maybe betul because my mother orang Banjar dari negeri Johor kan and kalau tak silap I, resepi ni orang Banjar dipanggil as a ‘Mandai’.

Dulu waktu I kecil, I means betul-betul kecil…..kalau mak I ada bawak balik buah cempedak, dia akan goreng isi buah cempedak tue. Kami satu famili memang suka sangat makan ‘cempedak goreng’ and biasanya kulit cempedak tue mak I tak terus buang. Biasanya kulit buah cempedak tu mak I akan buat jeruk. Maybe ‘jeruk kulit cempedak’ tue mak I belajar cara nak membuatnya dari mak dia (nenek I) sebab I pun biasa tengok ‘jeruk kulit cempedak’ tue dekat rumah nenek I bila kami balik ke kampung.

Cara nak membuatnya actually senang jer but sumpah sampai sekarang nie pun I tak pandai nak membuatnya. Kalau tak silap I (I pernah tengok mak I buat dulu), first sekali kulit cempedak tue mak I akan buang kulit luarannya (yang berwarna hijau tue) mak I akan kupas kulit tue sampai betul-betul tinggal isi yang putih sahaja.

                    (sekarang nie kita kupas dulu kulit luarannya tue)

Then after dicuci bersih-bersih, dia akan potong kulit tue menjadi ketulan kecil. Lepas tue kalau tak silap I lah kan, dia akan masukkan kulit cempedak tue di dalam botol kaca bersama-sama dengan garam kasar dan asam keping rasanya, kalau tak silap I lah…. Tak pun just garam kasar jer. Then kulit cempedak tue akan diperam maybe for 1 week before boleh digunakan.



Biasanya kulit cempedak nie sangat sedap kalau dibuat sambal kering. Alah……lebih kurang macam sambal tempe orang jawa lah cuma kita gantikan tempe tue dengan kulit cempedak tetapi sebelum nak goreng kulit cempedak tue, kita mesti basuh dah ramas-ramas kulit tue supaya air garamnya keluar, kalau tak masin sangat rasanya nanti. Then goreng garing-garing and masaklah sambal….memang sedap!.

Hemm…..teringat pula masa zaman I kanak-kanak. Sekarang nie dah lama sangat I tak makan ‘kulit cempedak goreng sambal’. Rasanya dah 3-4 tahun dah rasanya. I memang betul-betul sukakan rasanya walaupun agak masin sedikit tapi bila dibuat sambal dan dimakan dengan nasi panas……memang sedap!

             (inilah sambal kulit cempedak or 'mandai' dlm bahasa banjar)

Dulu waktu I kecik, memang mak I selalu masak, tapi sekarang bila dah besar dan bila tinggal sorang-sorang nie, memang jangan harap lah nak rasa sebab I tak pandai nak buat jeruk kulit cempedak, tapi kalau nak goring buat sambal tue I pandailah.

Dulu I malu nak bercerita dengan kawan-kawan pasal lauk nie sebab I takut orang lian ketawakan I nanti. Yelah…..bunyinya kan macam masakan kampong kan. Tapi bila I dah bekerja dan dengar kawan-kawan I yang lain cerita tentang masakan diorang yang pada I pelik juga macam ‘gulai kulit lembu’, ‘kerabu kulit ubi kayu’ dan macam-macam lagi….so I pun kongsilah pula dengan diaorang and rupa-rupanya ada juga diantara mereka yang pernah makan ‘sambal goreng kulit cempedak’ macam I, so tak lah I rasa janggal sangat.

So you’ all…..kalau you’ all ada juga resepi-resepi istimewa dan unit untuk kongsi dengan I, share lah. Janganlah nak malu-malu. Tak bermaksud kalau you’ all makan masakan kampong macam nie, jatuh you’ all punya standart kan. Kalau you’ all nak tahu pizza tu pun actually masakan kampong di Italy but look how they develop their dishes and make it kwon for entire world. So…..be proud with what we have.  

No comments:

Post a Comment