Pages

FOLLOWERS

Saturday, 17 December 2011

AJAL DAN MAUT.......

Asalamualaikum...... maaf sebab dah lama jugak I tak update blog nie. hope you' all always in well condition. Hari ini hari yang agak murung bagi I sebab I baru jer dapat berita yang mana bapa kepada my best friend telah kembali ke sisi yang maha esa. I tahu agak lambat.... itupun sebab I check facebook, kalau tak tentu tak tahu lagi.
I sempat call kawan I tu untuk ucapkan takziah tapi dia tak jawab, maybe dia tengah sibuk untuk menguruskan sesuatu so I just messaging him something. I tahu yang dia mesti tengah sangat sedih waktu ni and last night, I bacakan surah Ya-sin untuk arwah ayahnya.
Memang sangat sedih bila kita kehilangan orang yang kita sayang. Pada yang belum pernah melaluinya, I cuma boleh cakap, "bersedialah untuk saat-saat itu" kerana I pun pernah melalui saat-saat kehilangan orang yang sangat I sayang. Insan yang I maksudkan itu ialah ayah I.
I masih ingat lagi waktu tue I masih lagi di sekolah menengah. kalau tak silap, I baru form 2 masa tue. waktu tue I baru jer habis rehat and class sejarah baru jer start. then tiba-tiba I dengar nama I dipanggil ke bilik guru melalui sistem 'siaraya' sekolah. bila I dengar nama I dipanggil tue, I cuak lah jugak....I ingatkan yang I ada buat salah or something, then my teacher pun suruhlah I pergi ke bilik guru tue.
I pun dengan hati yang gemuruh pergilah ke bilik guru and then waktu I sampai di perkarangan bilik guru (bilik guru I di tingkat atas) I nampak mak I, kakak and abang I dah tunggu I. I pun terkejut jugak bila tengok mereka. then I pun terus jer lah tanya kepada mereka "kanapa tiba-tiba datang nie" (actually I belajar di sekolah berasrama, so memang I kena tinggal di asrama on that time) then kakak I cakap "abah dah tak de, nie nak ambik kau pergi balik" katanya dengan suara yang tersekat-sekat.
Demi tuhan......hanya empat perkataan 'abah dah tak de' membuatkan I terduduk. bila I dengar jer kata-kata tue...semuanya yang ada dalam fikiran I hilang serta-merta. fikiran I kosong waktu tue, macam orang baru bangun tidur. I tak tahu nak buat apa and nak fikir apa. I masih lagi terkejut sangat waktu tu sampailah warden I datang dan suruh I ke bilik untuk mengambil pakaian I.
Bila dah siap berkemas, I terus jer masuk ke dalam kereta untuk pergi ke kampung bapa I. Actually mak dengan bapak I dah lama berpisah, so memang I dengan bapa I tak tinggal sekali and waktu dia meninggal tue, jenazahnya dibawa pulang ke kampung asalnya. waktu di dalam kereta, semua orang membisu. hati I rasa sangat sebak waktu tue tetapi I tak menagis lagi. hati I berkata yang ayah I dah tak ada tetapi dalam masa yang sama i cuba nafikan itu semua selagi masih belum melihatnya sendiri.
semakin dekat destinasi kami, hati ini semakin sebak.....satu persatu kenangan I with my late father bermain di fikiran I. bila I pandang ke arah kakak dan abang, masing-masing hanya termenung jauh. Then....selepas 2 jam lebih menaiki kereta, akhirnya kami semua sampai juga ke rumah nenek I (rumah ayah I).
Bila I nampak sahaja ramai orang berada di sekitar kawasan rumah. I terus sahaja menangis kerana I tahu....memang ada kematian di rumah itu. sekarang I memang kena terima hakikat yang ayah I memang dah tak ada, sewaktu kami sampai, jenazah baru sahaja dimandikan.
Kami semua terus jer masuk ke dalam rumah and bila I lihat pada sekujur tubuh yang sedang dikafankan itu, hati I memang sangat sebak. I perhatikan betul-betul jasad itu dan memang betul.... susuk tubuh itu memang I kenal sangat. tak ada apa lagi yang boleh I cakapkan pada waktu itu, hanya menangis sahaja.
Selesai jenazah dikebumikan.....I termenung sendirian dan dalam hati I terdetik"kenapa setiap yang hidup mesti merasai mati?...kenapa kita tak hidup jer sampai bila-bila?. soalan itu memang I masih belum jumpa jawapannya sampai sekarang dan perasaan ketika kita kehilangan seseorang yang kita sangat sayang tue memang sukar nak digambarkan. kalaulah I nie ada banyak harta and all my property can exchanging with every single life that i'm love, then I will do but the thing is we can't.
so the true is.....bila kita still have a time to spend with someone we love, then use it rightly because we live in this world for onces only and we never get back if we loose it.
(Al-Fatihah kepada semua muslimin dan muslimat yang telah pulang ke pangkuan maha pencipta.....Amin)

No comments:

Post a Comment